Petang semalam kawan datang kat rumah dan bagi satu baldi ikan yang kecik2...
Nak makan tak sampai hati plak....Comei2 jer ku tengok....
Tapi mcm nyawa2 ikan dah...Takde air dalam baldi tu...
Aku panggil la jiran sebelah rumah suruh mereka tengok ikan apa yang kawanku bagi tu...
Jiranku cakap itu ikan puyu...
Ermm....
Aku terus g paip isi baldi tu dengan air....
Dari berpuluh ekor yang kawan ku bagi cuma 13 ekor yang terselamat....
Yeaa..
Akhirnya aku jadi penyelamat kepada anak ikan puyu...
Tapi ku tengok ikan2 tu menyombong semacam jer.....
Tak nak tegur antara satu sama lain laa...Masing2 cari sudut untuk termenung sendirian...
Trauma kot,fikirku....
1 bekas ku letak 6 ekor...1 bekas lagi ku letak 7 ekor....
Tapi dah aku search habitat ikan ni dalam tenet kat sini...
Owh,memang ikan ni suka lepak sorang2 tapi berenang beramai2....
Walaupun aku tak suka pelihara ikan,tapi ku cuba menyayangi mereka laaa...
Bgus jugak untuk terapi stress..
Tengok mereka berenang bagi aura mengantuk kat aku..Senang sikit aku nak tidur...:)
Memandangkan anak ikan terlalu ramai,jadi aku plan jugak nak bagi kat kawan2 ku 3 orang yang minat kat puyu ni..3 ekor satu org..9 ekor bakal dianak angkatkan leh 3 orang sahabat saya..(ayat poyo)
hihihii...
Menurut sumber,memelihara ikan ni boleh tolong elakkan dari terkena sihir (dengan izin-Nya)..
Kisah Ikan Puyu 
Sebut saja ikan puyu tentu anda semua terbayangkan sejenis ikan yang sangat lasak terutamanya didalam air tawar seperti bendang atau sawah kerana habitatnya memang senang dijumpai di situ.Ikan ini mempunyai sisik yang keras serta mampu bergerak diatas atas jika ia mahu untuk bergerak ke tempat lain dengan memanjat tebing bendang.
Sebab
 itu ikan ini mampu hidup dan bertahan lama di atas darat selama 
beberapa jam tanpa air.Lagi satu sepsis ikan ini suka sangat bergerak 
secara berkumpulan dan mudah ditangkap dengan jarring ikan dan pukat.
Orang tua-tua dulu mempercayai 
ikan puyu ini ada kelebihan tersendiri yang mana ia mampu menghalang 
gangguan makluk halus dan juga mematikan sihir. Ada sebuah kisah yang 
berkaitan dengan kisah ikan puyu ini:
Seorang polis yg ditugaskan setiap waktu perbicaraan dalam mahkamah jenayah di Hulu Selangor berkata:
Ada kes dimana melibatkan 
siri kecurian berantai di Serendah Hulu Selangor. Kes ini sangat lama 
dah akhirnya tertangkap dan dibicara di mahkamah Hulu Selangor. Hakim 
bertanya kepada pencuri warga Indon tersebut' "Kenapa kamu masuk 3 rumah
 sekali gus pada satu malam dan kenapa kamu tak masuk rumah yg ditengah²
 yg lebih besar?" "Saya tidak boleh masuk pak kerna dalamnya ada ikan 
puyu (tuan rumah ada bela ikan puyu) dan ilmu saya tidak menjadi", jawab
 pemuda indon tadi. Seluruh mahkamah riuh dgn kenyataan indon ini.
Benar atau tidak dan mungkin 
juga adalah kebetulan saja kisah yang diceritakan tadi wallahhualam 
tetapi yang pasti hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mampu menjadi 
pendinding sihir.
Walaubagaimana pun jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihir tetap terkena kepadanya juga.-sumber
 
 
mak saya pun pesan bagus bela ikan puyu ni.. segala sihir tak menjadi.. wallahhualam..
ReplyDeletesaya pernah bela tapi anak2 suka kasi makan sampai mati kekenyangan.. kesian puyu saya... 3-4 kali kes sama berulang malas nak bela dah
Insyaallah dengan izin Nya....
DeleteTapi puyu MInah ni mcm tak nak makan jer..
Nape yek?
Cdey...:(