Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Friday, 30 March 2012

Kawan ketawa senang nak dapat...Kawan menangis???

Kawan... Memang banyak yang nak jadi kawan... Memang banyak yang mengaku diri mereka kawan... Tapi,fahamkah mereka apa maksud kawan yang sebenar??? 
Masa senang, bergembira bersama kawan...Ketawa bersama, berkongsi segala kesenangan yang ada..Apa saja untukmu kawan,janji kita gembira....Namun, dikala kesusahan & perlukan bantuan...Kawan dimana??? 
Kawankah itu jika temannya dalam kesusahan,dia buat tak tahu?
Kawankah itu jika temannya perlukan sokongan moral tatkala kesedihan dia tiada disisi dan lantas berlalu pergi?
Kawankah itu, dikala temannya perlukan nasihat kerna tersesat dalam hidup dia hanya berdiam walaupun dia mempunyai banyak pengalaman yang sama?
Kawankah itu,jika temannya tersungkur jatuh,dia hanya melihat dan masih mampu tersenyum???
Kawankah itu jika membiarkan temannya bersedih sendirian???
Jangan pernah menganggap diri itu sebagai kawan jika bersifat demikian... Sifat pentingkan diri tiada dalam kamus persahabatan.. Dalam persahabatan,susah sama dipikul,ringan sama dijinjing..Bukannya:-" susah kau setle sorang dulu,tapi kalau kau dah senang nanti,boleh joinlah sama2 yer"..Itu bukan kawan... Itu musuh dalam selimut!!!Pengkianat!!!**marah nih!!**
Bukan kawan namanya jika sanggup membiarkan kawannya mengharungi kesusahan bersendirian sedangkan dia berselang lenang dgn kawannya yang lain tanpa ambil peduli tentang kesusahan yang dialami temannya itu....
Kawan sejati adalah kawan yang membantu meringankan kesusahan kawannya sedaya yang termampu...Jangan buat tak tahu sahaja...Kejam tu!!!
Kawan sejati sentiasa memberi sokongan moral terhadap kawannya tak kira masa...Tak rugi sokong kawan..Itu kan kawan kau jugak!!!
Kawan sejati sentiasa memberi nasihat kepada kawannya yang perlukan nasihat supaya dia tidak jauh kesesatan... Kalau kau diam,kau jugak malu sebab kawanko sesat..kata kawan,kan...
Kalau kawanmu tersungkur jatuh & gagal dalam hidup,ko bantulah dia supaya dia dapat bangun & bersemangat untuk beryakinan dalam hidup seperti dulu..Jangan ko tolong pijakkan lagi dia tu..Zalim namanya...     
Sahabat sejati akan menyapu airmata kawannya & meletakkan bahunya sebagai sandaran jika kawannya menangis dan bersedih... Jangan pulak ko cakap,kesiannyer...sambil berlalu pergi... Memangko takde hati perut langsung!!! 
Itulah baru dikatakan sahabat sejati... Bagi mb,biar berkawan tak ramai,janji dia betul2 kawan... Yang sanggup sama susah dan sama senang... Buat apa nak kumpul ramai kawan kalau kawan tu  hanya nak bersenang saja kan? Alhamdulillah, mb punyai ramai sahabat baik yang demikian di tempat asal mb..Kami sama susah..Kami pun sama senang..Tak ada istilah pentingkan diri..Rindu dengan kawan2 mb yang jauh dimata namun dekat dihati sampai mati!!!.
Tapi sekarang ini,mb dah tak banyak sahabat yang sedemikian di sini.Susah sendiri,senang bersama...Namun mb tetap melayan mereka mcm kawan-kawan mb yg jauh dimata nun...Mereka susah mb tolong sedaya mungkin,kalau mereka tak paham, mb ajar sebaik mungkin wlpn mereka bersikap berkira-kira nak tolong org...
Kawan2 sebegitu mb anggap sebagai kenalan sahaja...Mereka belum pernah memahami erti persahabatan sebenar dan pentingnya persahabatan dalam hidup..
Semoga Allah membuka hati mereka supaya memahami maksud sahabat sejati...
Mb rindukan kawan-kawan mb... Inilah lagu tema persahabatan kami dari sekolah sampai sekarang
(persahabatan dari 4u2c)...Nak nangeess!!!Uwaaa......

4u2c - Persahabatan lirik

persahabatan .. biar jujur ikhlas di hati
janganlah dikhianati kepada temanmu kawan
persahabatan .. menjalinkan kasih dan mesra
jangan dimungkiri segala janji kita

kau dan aku saling memerlukan
bersamaku oh mengejar impian
demi kesetiaan kita .. sahabatku

kaulah teman di mana sahaja
suka duka kita tempuhi bersama
mengejar impian oh kawan
kaulah teman .. ohh

persahabatan .. biar jujur ikhlas di hati
janganlah dikhianati kepada temanmu kawan

tabahkanlah hatimu .. oh kawanku
moga berjaya impian bersamamu

kau dan aku saling memerlukan
bersamaku oh mengejar impian
demi kesetiaan kita .. sahabatku

kaulah teman di mana sahaja
suka duka kita tempuhi bersama
mengejar impian oh kawan
kaulah teman .. ohh

persahabatan .. biar jujur ikhlas di hati
janganlah dikhianati kepada temanmu kawan
persahabatan .. menjalinkan kasih dan mesra
jangan dimungkiri segala janji kita .. ohh
persahabatan .. biar jujur ikhlas di hati
janganlah dikhianati kepada temanmu kawan .. ohh
persahabatan .. menjalinkan kasih dan mesra
jangan dimungkiri segala janji kita .. ohh

 I miss u my friend!!!!!!

2 comments: