Untuk sekadar renungan dan panduan kite bersama yer....
Bagaimanakah cara memakai tudung yang betul mengikut syari’at Islam?
Allah berfirman: “Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman…hendaklah mereka menutup belahan
dadanya dengan tudung kepala mereka.” [Sebahagian dari ayat 31 surah
al-Nur]
Berdasarkan ayat ini, maka memakai tudung bukan
sekadar untuk menutup kepala dan rambut, tetapi hendaklah dilabuhkan ke
hadapan sehingga menutup buah dada mereka. “Belahan dada” yang
dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bentuk V yang terletak di antara
buah dada. Ini adalah kawasan yang paling kerap didedahkan oleh fesyen
pakaian wanita, padahal inilah kawasan yang sepatutnya ditutup dengan
pakaian, kemudian ditutup lagi dengan kain tudung.
Ada pun fesyen tudung mini yang tidak sampai menutup
buah dada atau tudung yang diikat ke belakang kepala, leher atau bahu,
ia tidak betul mengikut syari’at Islam. Selain itu tudung yang nipis dan
tudung yang dipakai untuk menunjuk-nunjuk juga tidak betul mengikut
syari’at Islam.
Kepada wanita-wanita sekalian, tidak kah kau takut
dengan azab Allah…kalau iye pun nak ber fashion,biarlah ikut landasan
dan syariat yang dibataskan ye… diharap anda semua dapat mengubah
sedikit demi sedikit kalau merasakan ianya teramat sukar utuk anda
berubah…
Kan aurat tu hanya untuk suami sahaja kan…yang para
suami pun satu,tak kan lah suka lelaki2 lain menatap dan merenung /
terpandang/ terjeling /terenung
aset2 isteri anda… jangan jadi suami yang dayus.. ingatlah … ” Jika barang dibalut dengan rapi dan kemas,nescaya didalam balutan itu juga cantik dan baik,sebaliknya barang yang tidak dibalut dan tidak dijaga rapi,maka hasilnya akan hancur dan menjadi semakin buruk…. “
aset2 isteri anda… jangan jadi suami yang dayus.. ingatlah … ” Jika barang dibalut dengan rapi dan kemas,nescaya didalam balutan itu juga cantik dan baik,sebaliknya barang yang tidak dibalut dan tidak dijaga rapi,maka hasilnya akan hancur dan menjadi semakin buruk…. “
Renung2 kan dan selamat beramal ye……
Cuba bandingkan perbezaan wanita2 bertudung zaman sekarang….
dengan yang dibawah ini… mana kah yg lebih sejuk mata memandang….
tanya dalam hati kecil anda dan jgn menidakkan jiwa kecil anda yang
semakin tersembunyi dan jauh… -sumber
insyaAllaha qpe yang cik pakai selama ni mengikut syariat =D
ReplyDeleteAlhamdulillah Cik teddy. Minah pun tengah belajar jugak nih...Maka terjumpalah artikel ni untuk kongsi bersama...Kira nak bawak belajar sama2 laa..hihiii...
ReplyDelete