Salam satu Malaysia Ollss..
Kalau Last week aku share satu artikel tentang penggunaan tudung dengan cara yang betol (walaupun aku sendiri tak semestinya betol)..Tapi, sharing is caring kan... Bagi aku yang baru belajar cam gini,aku pun nak kongsi jugak dengan kengkawan tentang pelajaran aku ari tu... Jangan cakap aku berlagak baekk pulak eyk...Tak eyh...Aku just nak kongsi benda baik jer tau dari seorang aku yang kurang baeek ni... Daku sedar ler sapa laa aku ini...huhuhu...**sambil lap aik mata**
Jeng...Jeng... Jeng.....Topik ari ni,aku nak kongsi khas buat kta yang bergelar wanita... Bak kata orang sediakan payung sebelum hujan kerna malang tidak berbau... Artikel ini aku sokong penuh berdasarkan pengalaman aku yang lalu yang tak sediakan payung sebelum hujan dan tertimpa malang tanpa dipinta...Kita tak tahu hati manusia ni lain2 lah kan...Kalau nak berubah pun tak kira masa... Kalau tak dipinta pun akan jadi juga dengan takdirNya... Paham2 jerlah apa yang ku katakan itu yer..Kerna kita wanita terlalu berharga untuk disia2kan...
Jom layan artikel dari kawan kite ni..
Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup antara 2 orang individu
atas dasar suka sama suka untuk hidup bersama. Perkahwinan juga
bermaksud perkongsian hidup antara dua individu ini tadi. Namun cuaca
perkahwinan tidak semestinya selalunya cerah. Ada juga yang akhirnya
berakhir dengan penceraian.
Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2008 mendapati
perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama terdedah kepada keruntuhan
rumah tangga sekiranya tiada kesabaran. Dalam tempoh berkenaan,
perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti berlaku konflik dalam rumah
tangga sehingga mencetuskan perceraian. Menurut Timbalan Ketua Pengarah
(Dasar) Jakim, Othman Mustapha, kajian Jakim menunjukkan 44.9 peratus
perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab
masing-masing selain masalah akhlak, kewangan, masalah seksual dan
campur tangan orang ketiga.
Selain itu, Jakim juga merekodkan bahawa statistik perceraian di
seluruh Malaysia semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pada 2007,
kes perceraian direkodkan 20,529, pada 2008 (22,289 kes) dan 2009
(27,116 kes). Jakim juga ada membuat kajian bahawa 32.2 peratus
perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian
manakala 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10
tahun pertama perkahwinan.
Kembali kepada persoalan artikel ini samada seseorang isteri wajar
atau tidak untuk mempunyai akaun simpanan ‘rahsia’ dari pengetahuan
suami ?
Mengikutkajian
yang dilakukan di UK mendapati 15% atau 4.5 juta orang daripada
pasangan (terutama wanita) mempunyai akaun simpanan rahsia ini. Purata
simpanan yang ada adalah sebanyak £1,037 (RM 5100) setiap seorang.
Kajian di Amerika Syarikat pula mendapati sebanyak 31% daripada
pasangan yang mempunyai akaun simpanan rahsia mereka yang tersendiri.
Namun sebab bagi simpanan rahsia ini tidak hanya tertakluk atas sebab
penceraian. 9% daripada mereka meletakkan sebabnya adalah kerana mereka
tidak yakin dengan kaedah membuat keputusan suami mereka. 23% pula
menyatakan sebab mereka membuat simpanan adalah sebagai satu jaminan
keselamatan jika terdapat sebarang perkara tidak diingini berlaku dalam
perhubungan mereka.
Ada pula yang menyimpan atas sebab-sebab lain seperti simpanan untuk
anak-anak, simpanan untuk membeli handbag dan pakaian serta ada yang
menyimpan sebagai wang simpanan untuk digunakan pada waktu persaraan.
Wanita di Malaysia lebih terkenal sebagai wanita yang setia sehidup
semati dengan suami mereka. Namun mungkin anda juga perlu memikirkan
untuk mengadakan akaun simpanan rahsia ini untuk kegunaan kemudian hari.
Memandangkan statistik penceraian di Malaysia berlaku satu penceraian setiap 15 minit, adalah terbaik untuk anda memikirkan langkah berjaga-jaga seperti ini.
Namun anda perlu positif dengan penyimpanan ini. Jangan hanya fikir
wang ini untuk penceraian semata-mata. Anda boleh fikir positif mungkin
untuk membantu suami anda ketika susah nanti atau untuk masa depan anak
anda suatu hari nanti.
Mulalah menyimpan dengan amount sebanyak RM 100-500 setiap bulan.
Jika selepas 20 tahun amount ini akan menjadi sekitar RM 24,000 –
120,000. Tidakkah ini satu amount yang banyak ?
Lelaki tidak akan marah dengan kecurangan seperti ini, malah suami anda akan menjadi lebih sayang terhadap anda.
Jika ditanya kepada saya samada wajar atau tidak isteri mempunyai
akaun simpanan rahsia ini. Saya tentu akan menjawab ya. Tetapi janganlah
semua wang yang diberikan digelapkan ke dalam akaun simpanan ini.
Isteri suri rumah mungkin boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan
atau sampingan untuk menyimpan, manakala isteri yang bekerja boleh
mengasingkan sedikit wang daripada gaji untuk tujuan ini.
Perempuan yang paling dekat dengan saya, iaitu ibu saya mempunyai
akaun sebegini. Sewaktu perniagaan kami adik beradik sedang nazak, dia
akan mengeluarkan duit yang datang entah dari mana untuk membantu kami.
Namun duit ini perlu dipulangkan balik, jika tidak kami akan dikejar
seperti bank mengejar orang yang berhutang. He he he.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil-sumber
No comments:
Post a Comment