Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Thursday 24 May 2012

Jangan Pisahkan....

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...
Hari ni aku nak flash back kenangan zaman percintaan aku & hubby (dia)....
Biasanya org bercinta,couple,deting2,romantik2,caring & sharing,calling2,sms2...
Tapi kami sebaliknya....
On & Off jer bercontact....tup..tup...
Kawen...

Pertemuan pertama..
Sewaktu aku dan kawanku dalam perjalanan ke stesen bas masa dalam perjalanan pulang dari kerja.
Kehadiran dia sebagai pekerja baru syarikat dimaklumkan oleh kawan sepejabatku yang masa itu syok kat dia sambil tunjuk2 lagi...
Dia menyedari dirinya diperhatikan lantas dia bagi senyuman berlesung pipit...
Aku bagi jugak senyum sekilas sahaja..
1st impression..Peramah....
Wah...cair jugak tengok lesung pipit dia masa tu...Hanya pada masa tu sahaja...
Selepas tu,aku dah lupa tentang kewujudan dia kerna aku sudah ada balaks lain...
Please Take Note..-hehehe..mcm ler dia heran sangat nak tau pasal aku kan..

Pertemuan kedua..
Beberapa minggu selepas pertemuan pertama...Waktu pulang kerja jugak....
Aku lambat keluar dari pejabat,jadi aku ke stesen bas dengan tergesa-gesa...
Wah,nasib bas belum gerak & aku sempat menerjah ke perut bas tetapi bas dah penuh...
Cuma ada satu tempat duduk,tapi ada lelaki disebelah kerusi itu...
"Ermm...ada orang tak yg duduk kat sebelah awak ni?"-Aku tanya....
"Takde,duduk laa..."-Sekali lelaki itu menoleh....
Dia lagi laa...Kebetulan kan....
45 minit perjalan untuk balik ke destinasi ku habiskan masa sebaiknya untuk berborak/usha2 dia.
Ingin ku tanya sama ada dia dah berpunya ker belum,tapi ku segan...
Kalau ku tanya dia dah kahwin ker belum,nampak sangat aku nak menggatal...
Untuk cover kegatalan itu,aku tukarlaa soalan yang berbunyi...
"Anak awak dah berapa eyk?"-hihihi...Soalan serkap jarang!!!!
 "Muka saya nampak macam bapak orang ker?"- dengan riak muka hairan..
Soalanku dijawab dengan soalan...
Menguji ketajaman minda tol nih....
"Susahlah nak jugde the book by its cover...Sekarang ni kan banyak yang kahwin muda..Tak hairan ler.."-Jawapan umpama menegakkan benang yang basah...
"Takda lagi...Kahwin pun belum..Mana lah nak ada anak..."-Yess!!!! Itulah jawapan yang saya cari....kihkihkih...
Owh...Belum kawin...Boleh ku bagi info baik punya kat kawan aku nih...
Banyak juga kami borak p borak kosong jew...
Asal mana,dulu keja apa..umur berapa...bla..bla..bla...
Pastu sampailah aku kat destinasi yang mana aku harus blah dari bas...
Eyh..tak juga bagi tahu & bertanya nama kan...
Lupa laa...Takpelaa...

Pertemuan Ketiga....
Seminggu selepas pertemuan kedua...
Dalam pejabat kami telah terjadi litar pintas elektrik...
Aku call bahagian maintenance suruh diaorang baiki apa yang patut...
Sementara aku tunggu org repair,aku bersms ler dengan balaks aku masa tu sambil senyum2 hingga tak sedar orang yang aku tunggu dah datang...
"Wah..bahagia betol bersms sambil senyum2..Kita datang pun tak perasan..."
Angkat kepala tengok..Dia lagi ler...Eaaa....
"Awak bwat apa kat sini? Saya senyum kat awak sebenarnya tapi takut senyuman tak berbalas senyum jer kat hp.."-Pandai plak berdalih aku nih...Dia datang pown aku tak sedar...
"Saya training bahagian maintenance.. Ikut diaorang...Ada masa nanti kita calling2 ker..Sms2 ker..."
"Occay...."-Jawabku..
Nak bagi no kat dia? Taknak lah... Malu lah wey... Biar jer...
"Errkk..cam mana kita nak berhubung yer?"-Tanya dia lagi..
"Ntah.."sambil senyum2 aku menjawab..
 Dipendekkan cerita,last2 dia bagi ler no kat aku...
Aku msg dia tak reply,aku call dia tak jawab...
Last2 aku malas nak kisah...
Lantak engkoo lah...(marah nih!!)-hahahha....

 Pertemuan Keempat...
Dia datang kat pejabatku & pelawa pergi lunch...
Mula2 aku tolak,tapi nampak beria2 sangat,aku on saja..
Dia pun bagitau alasan kenapa dia tak jawab panggilan aku & kenapa dia tak reply msg aku..
Rupa2 nya panggilan keluar masuk hp dia dipantau oleh aweks dier kat negeri sebelah guna on9....
Owh..dah ada awekkzz rupanya,tak juga bagi tahu mula2 dulu...
Sejak itu aku malas nak jumpa dia lagi...
Aku pun ada balaks lah!!!-marah,tak tau kenapa...Keliru dgn diri sendiri.
 
Pertemuan Kelima..Pertemuan keramat!
Semasa aktiviti makan malam tahunan syarikat kami yang pertama...
Kebetulan aku ada persembahan nyanyian...Nyanyian solo dan berduet...
Nyanyian soloku sukses dan aku tak sangka dia naik atas pentas bagi bunga kat aku..
Thanks...Hambar jer perasaan dapat bunga dari balaks orang lain..
Tapi time nak nyanyi berduet,pasangan duet aku tetiba ada hal & terpaksa balik rumah....
Niat hati memang aku nak batalkan persembahan tapi dia datang untuk menawarkan diri untuk nyanyi berduet dengan aku....
Terdesak punya pasal aku teruskan saja lah..
Lagu Jangan Pisahkan...
Dalam persembahan yang tidak dirancang dan spontan itu, dia terover pulak buat persembahan..
Siap pimpin2 tangan aku dari awal nyanyian sampai habis...
Aku pun bagi respon kat dia agar persembahan kami itu nampak natural dan tidak macam dibuat-buat...

Riuh satu dewan bila dia genggam terus tangan aku mcm kapel yang bahagia (walhal kami takde hubungan apa2 pun masa tu)
Dan malam itu jugak balaks aku putuskan aku sebab dia cemburu,marah dan sebagainya.....
Aku tak leh nak cakap apa... Terang-terang memang sah aku bersalah...
Punyalah riuh dewan malam tu tengok dia pelawa aku menari dengan dia & jadi aweks dier...
Pucuk dicita ulam mendatang..Lepas putus sorang ada lagi sorang..Ok...
Satu syarikat tahu ku couple dgn dier...Jatuh saham!
Namun hubungan kami tidak rapat dan terlalu dingin sedingin nyer....
Kerna,dia masih ada aweks dan dia cakap hubungan kami adalah satu kesilapan dan kekeliruan dimana...

Dia cakap dia tak nak lagi ambik kisah pasal aku,tapi dia nak tanya jugak dengan siapa aku keluar & dimana aku berada...
Dia cakap dia tak dapat sayangkan aku,tapi bila dia tengok aku rapat dengan lelaki lain,dia marah2 & tanya apa hubungan aku dan lelaki itu...
Dia cakap dia tak pernah rindukan aku, tapi bila aku tak hubungi dia,dia akan tanya apasal lama tak hantar berita...
Dia cakap dia tak dapat cintakan aku, tapi bila dengar gosip aku bercouple dengan orang lain,dia rasa tercabar sampai nak gaduh...
Pelik....

Setengah tahun kami buat haluan masing2 dengan dunia masing2 tanpa kata putus...
Akhirnya dia datang kembali padaku kerna dia dan aweks dah putus kerna menurutnya aweknya curang dan dalam diam aweksnya nak kawen dengan lelaki lain...(Padan muka)
Yang pasti mereka putus bukan disebabkan oleh aku...
Lama jugak aku nak terima dia kembali...

Walaupun aku juga pernah cakap yang aku tak nak ambik kisah pasal dia,tapi aku sibuk jugak nak tahu apa masalah dia...
Walaupun aku pun pernah cakap yang aku juga tak sayangkan dia,tapi aku sedih dengar penderitaannya...
Walaupun aku pernah cakap yang aku juga tak merinduinya,namun aku sering terbayangkannya sebelum tidur dan berasa gembira bila terserempak dengannya...
Walaupun aku pernah cakap yang aku juga tak mencintai dia,namun setiap kali ku berdoa ku pasti berdoa untuk kebaikan dia juga...
Akhirnya aku mengalah dan ku tak dapat menipu diri sendiri...
Hubungan kami kembali terjalin dan berjanji untuk memperbaiki kesilapan kami yang lalu & mula menghargai kehadiran masing2..
Kalau dah memang jodoh kita...
Walau sejauh manapun kita berlari...Seteguh manapun kita menidakkan...Sekuat manapun kita menepis...
Kita pasti bersatu jua....
Dan lirik kenangan hingga ke akhir hayat....
"Jangan pisahkan..Aku dan dia....Tuhan tolonglah..ku cinta dia..Biarkan kami tetap bersama..Didalam suka dan duka...."
Amin...












..