Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Saturday, 9 June 2012

Teh Hijau Banyak Kebaikannya,namun....

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia....

NIKMAT rasanya ketika di pagi hari kita meminum teh yang masih panas. Di balik kenikmatan itu, banyak rahsia alam yang biasa menyihatkan tubuh dan mencegah dari serangan penyakit yang selalu menghantui kita.

Teh lain yang biasa bagi kita selain teh yang diminum seharian, khususnya teh hijau, banyak mengandung khasiat. Sebuah pusat Erasmus University Medical School, Rotterdam mengungkap pembuluh darah (aorta) para responden yang gemar meminum teh hijau, memiliki lapisan yang melindungi terjadinya penggumpalan darah. Ini menyebabkan menurunnya kemungkinan terjadinya serangan jantung kronik. 

Selain itu, penelitian The American Journal of Clinical Nutrition telah menemui khasiat teh hijau untuk melangsingkan tubuh. Ternyata, paduan kafein dan teh hijau yang sesuai sukatannya mampu membakar 4% kalori lebih banyak dibandingkan dengan orang yang berdiet dengan menggunakan placebo. Di samping itu, ternyata teh hijau pun diakui untuk mencegah gigi berlubang, lantaran mengandungi fluoride. 

Sementara itu, menurut dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Juli 2001 tersebut, kandungan polifenol yang sangat banyak dalam teh hijau berperan sebagai pelindung terhadap kanser. Polifenol tergolong dalam antioksida yang sangat rapuh. Dengan ini ia akan meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser payudara. 

Radikal bebas sendiri terbentuk secara alami dalam tubuh. Molekul ini dapat merosak sel-sel manusia. mereka berpendapat bahawa molekul inilah salah satu penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti penyakit jantung dan penuaan.
Selain itu daun teh hijau yang telah dikeringkan terdiri dari 40% polifenol. Selain dapat memerangi kanser payudara, zat ini juga diyakini dapat menurunkan risiko kanser lambung, paru-paru, usus besar, dubur, hati, dan pankreas

Khusus untuk kanser payudara, peneliti lainnya biokimia dari Fakulti Kedoktaran Universiti Boston Dr. Gail Sonenshein mengatakan bahawa teh hijau dapat mencegah kanser payudara yang dari akibat faktor lingkungan. 

Namun, ia menganjurkan agar pesakit yang sedang menjalani radiasi atau kemoterapi kanser payudara perlu mendapat kebenaran dengan doktor sebelum mencuba minum banyak teh hijau. 
 Namun begitu.....
SEKALIPUN memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebih, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan, seperti insomnia, kecemasan, dan ketidakteraturan detik jantung.

Namun, kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.

Selain kafein, teh juga mengandung flavonoid, yang dapat menlambat penyerapan zat besi dari unsur-unsur tumbuhan seperti sayur dan buah. Namun, zat besi dari sumber daging tidak terpengaruh dalam penyerapannya.

Kenyataan ini seakan mengingatkan kita pada pepatah kuno, apa pun yang berlebihan tidak baik bagi kesihatan. Oleh kerana itu, dua sudu teh sehari yang diminum secara teratur sudah baik dalam memberi kesihatan yang baik bagi tubuh kita. 

p/s : Minah nak cuba amalkan teh hijau memandangkan Minah berketurunan pesakit kanser...:)

1 comment:

  1. en.somi tak lupa beli tiap2 bulan.. tapi dia mnum dgn anak2 je.. saya belum lg... risau nak mnum takut urat kembang (org tua2 ckp baru bersalin tak elok mnum teh.. yeke ^-^ )

    ReplyDelete