Saiful Apek Kecam David Teo
Tarikh: 8 Mei 2012
Pelawak terkenal, Saiful Apek akhirnya bersuara di laman Facebook  miliknya dipercayai memberi amaran kepada penerbit filem terkenal, David  Teo, sebagai respon terhadap kenyataannya dalam rancangan Melodi yang  disifatkan kurang sensitif dengan penderitaan sahabat baiknya,  Allahyarham Bob Kuman.
Berikut MH kongsikan petikan kenyataan David Teo yang disiarkan dalam sebuah blog hiburan;
Semasa hayatnya, Allahyarham mendakwa pihak produksi mengabaikan dirinya yang terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat pada penghujung 2010.
Bagaimana pun, David Teo menafikan dakwaan itu dan memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal, tahun lalu.
Allahyarham Bob Kuman meninggal dunia pada 3 Mei lalu tepat pada jam 4:38 minit petang. Al-Fatihah.-Sumber
Berikut MH kongsikan petikan kenyataan David Teo yang disiarkan dalam sebuah blog hiburan;
“… kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia  sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja.  Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata  boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya  bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki  daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan.  Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan  seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh.  Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu  sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti  seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah … Tuhan kata  memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak  orang … Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa  di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu  minta sedekah, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah”
Semasa hayatnya, Allahyarham mendakwa pihak produksi mengabaikan dirinya yang terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat pada penghujung 2010.
Bagaimana pun, David Teo menafikan dakwaan itu dan memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal, tahun lalu.
Allahyarham Bob Kuman meninggal dunia pada 3 Mei lalu tepat pada jam 4:38 minit petang. Al-Fatihah.-Sumber
 
 
DT ni mmg kuat propa...
ReplyDelete