Saiful Apek Kecam David Teo
Tarikh: 8 Mei 2012
Pelawak terkenal, Saiful Apek akhirnya bersuara di laman Facebook miliknya dipercayai memberi amaran kepada penerbit filem terkenal, David Teo, sebagai respon terhadap kenyataannya dalam rancangan Melodi yang disifatkan kurang sensitif dengan penderitaan sahabat baiknya, Allahyarham Bob Kuman.
Berikut MH kongsikan petikan kenyataan David Teo yang disiarkan dalam sebuah blog hiburan;
Semasa hayatnya, Allahyarham mendakwa pihak produksi mengabaikan dirinya yang terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat pada penghujung 2010.
Bagaimana pun, David Teo menafikan dakwaan itu dan memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal, tahun lalu.
Allahyarham Bob Kuman meninggal dunia pada 3 Mei lalu tepat pada jam 4:38 minit petang. Al-Fatihah.-Sumber
Berikut MH kongsikan petikan kenyataan David Teo yang disiarkan dalam sebuah blog hiburan;
“… kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja. Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah … Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak orang … Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu minta sedekah, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah”
Semasa hayatnya, Allahyarham mendakwa pihak produksi mengabaikan dirinya yang terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat pada penghujung 2010.
Bagaimana pun, David Teo menafikan dakwaan itu dan memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal, tahun lalu.
Allahyarham Bob Kuman meninggal dunia pada 3 Mei lalu tepat pada jam 4:38 minit petang. Al-Fatihah.-Sumber
DT ni mmg kuat propa...
ReplyDelete