Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Wednesday 9 May 2012

Kerana Ego....

Salam 1 Malaysia kawan-kawan....
Minah nak share story pasal ex-sahabat Minah...
Minah kenal dengan sahabat ni masa  berumur 15 tahun...
Berjumpa kat kelas tuition...
Aku bagi nama dier Bagong jer lah yer...
Sama umur tapi tak sama sekolah...
Minah memang kasar tapi aku BUKAN tomboy keyh...
Tapi Bagong tu masa tu dia tomboy....
Tapi Minah still anggap dier femfuan occay...
Kami sama belajar,sama ponteng kelas tuiton (membazir duit mak bapak jer kan..)
Sampai akhir tahun...Dapat ler result PMR yang tak seberapa..(amik kau Minah!!)
Masuk jer tingkatan 4, aku terkejut tengok kawan setuition aku tu pindah sama sekolah ngan aku & sama satu kelas lagi..
Alasan dia pindah sekolah sebab dia takde geng kat sekolah lama...
Wah,teruja tol aku sekelas dengan member luar...
Namun perwatakan nya yang ketara boyish tu meyebabkan dia HAMPIR dipulaukan oleh geng sekelas aku yang anti TOMBOY..
Sekolah aku ni sekolah untuk FEMFUAN sahaja...Takde lelaki....
Nasib menyebelahi member aku time tu sebab aku ada untuk cover dia...(Femfuan tulen cover si tomboy..kelass kau Minah!!)
Time member aku di introduce kat kelas,aku dah peratikan geng sekelas aku pandang sebelah mata jer ngan dier...
"Salam satu Malaysia kawan2...Jangan layan dia camtu occay..Dia tu member kamceng gua..."
 Maksud yang sama tapi bahasa itu aku edit sikit laa....
Memandangkan pengaruh aku besar kat sekolah itu kerna selalu jugak mewakili sekolah untuk acara pentas,jadi geng sekelas ku respeklaa dgn permintaan aku dan menerima laa member aku tu seadanya...
Aku masa tu pun tak kisah member aku gunakan nama aku sehabiss baeknya kat sekolah untuk dapat perhatian...Dah nama kawan kan...Apa ler sangat...
Bagong seorang sahabat yang supportive,baik hati,pandai amik ati, dan ceria...
Namun disebaliknya dia juga seorang sahabat yang GEMAR tikam kawan dari belakang,tak nak tengok kawan lebih ckeet dari dia (kira sentiasa ingin bersaing laa dengan cara tidak sihat..),kuat berdrama,suka mendesak dan gila glamor....Hobi budak tu ker aper...
Best jugak bermember dengan Bagong ni,tapi berisiko jugak laa...
Pernah sekali time form 5,kami gaduh sebab dia busukkan nama aku dari belakang...
Ini kerana dia tidak senang bila member sekolah bagi perhatian lebih kat aku..
Aku kan wakil sekolah time tu...Ko pa hal tak puas ati???!!!!
Lama jugak tak bertegur sapa laa....
Aku apa lagi>>>Ko rasakan hidup tak berteman!!!(cheewaah!!sombong bkn maen..)
Bagong masa tu pun tarak geng lagi coz suma geng dia tu adalah geng aku...
Jadi umpama kera sumbanglah beliau pada masa itu....
Dia tahu sangat perangai aku dan bukan senang nak amik ati aku yang kurang budi pekerti dan ego tinggi nih...
Jadi time hari guru tahun 1998 (time form 5 ler ni),
Dia try nak amik ati aku melalui geng2 aku...
(fullamak!!! Bagong bawak keta bapak dier kat sekolahlah beb..Honda Accord lagi...Fullaweh...)
Kalau ku brani mati bawak keta bapak aku time tu,mau tak mampooss.....
Aku mengaku kalah time tu...
Geng2 aku yang meterialistik lagi haprak mulalah cucuk2 aku suruh berbaik dengan si Bagong..
"Wey Minah,Bagong ajak kite org balik ekot keta bapak dier laa...Jum ler balik sekali..."
"Ye laa Minah,takkan ko nak balik sorang kot..Jum laa sekali..Dia pun ajak engko balik sama.."
Hampeh!! 
Memandangkan aku tak gemor nak balik sensorang,
Aku ekotlaa....Runtuh ego aku time tu...
Lepas tu kite orang berbaik semula....Pandai si Bagong ni kan...
Sampai dia berubah jadi femfuan..
Feminin dari aku lagi tau..hiak..hiak...hiak...
Bersahabatlah kami sampai besor.... Susah & senang same2...
Jatuh bangun pun sama2 jugak...
Tapi masih berjaga2 jugak coz masing2 dah tahu perangai masing2....
Namun beberapa tahun yang lalu,kami bergaduh lagi...
Kerana perangainya yang kuat berdrama & suka mendesak....
Selalunya aku dapat kontrol emosi aku kerna aku pula tak suka didesak...
Tapi kali itu,aku memang tak dapat tahan...
Kerana dia tak dapat menerima alasan & kesulitan aku yang tak dapat berjumpa dengannya pada masa itu...
Dia ada masalah..Biasa nyer,family problemlaa...Selalunya akulah supirnya & penghibur hatinya yang berduka lara tu...
Tapi hari tu,aku memang tak dpt nak blah..Anak aku tiada orang yang tolong jaga... Jadi aku bagi taulaa kesulitan aku yang dah jadi ibu tunggal time tu...
Bila ku bagi tahu alasanku,dia marah-marah kata aku kawan tak dapat diharap ler apa ler...
Yang aku tak dapat terima dia cakap aku bukan kawan yang baik...
Gara2 aku tak dapat nak hiburkan hati dia sekali tu,dia maki aku habis-habisan...
Ego aku mula meninggi...
Aku sms dier aku marah2,aku luahkan segala yang aku pendam selama aku berkawan dgn dier..
Kerna aku jer yang tahan berkawan dengannya,karenahnya dan semualah...
Geng lain suma dah tak sanggup berkawan dengan Bagong tu lagi..Suma blah...
"Patut ler takde sapa nak kawan dengan ngko... Ko sorang jer bagus kan...orang lain suma jahat.."
Last2 aku pun blah jugak walaupun terdetik rasa kesian kat dier yang takde member lain selain aku...
Tapi sekarang aku rindukan Bagong... 
Walaupun dia jahat,tapi dia jugak yang baik...Cuma tak matang dan kuat berdrama jer...
Asal ada perayaan Hari Raya ker,Tahun Baru ker,
Aku gerenti ingat kat dier..Aku tahu dier takde kawan lain...
Tapi aku ego,aku tak nak mengalah...
Tapi sekarang dia sudah berjaya dengan cita2nya...
Dia jugak dah masuk rancangan realiti TV yang membantunya mencapai cita2nya sekarang ni...
Diakan suka sangat kejar glamor..Aku pulak ego...
Tapi aku rindukan dia sebagai sahabatku...
Tapi tak mungkin aku nak mulakan dulu...Tak pasal2 dia cakap...
"Owh..mentang2lah aku dah masuk TV, baru ko hegeh2 nak berkawan balik dengan aku & sengaja nak tumpang glamer aku lah yer..." -Simpang malaikat 44 sioott!!!
Kenyataan itu tidak betul sama sekali... Kerna aku tak akan memulakannya dulu...
Biarlah aku cuma mengikuti perkembangannya dalam TV saja sambil mengenangkan detik indah persahabatan kami dulu...
Kerna aku & kau sama2 EGO kawan....







No comments:

Post a Comment