Dirumah Mertua....
Ibu mertuaku, wanita yang penuh dengan sifat keibuan berbangsa cina telah di Islamkan sejak kecil setelah di angkat oleh keluarga melayu semenjak beliau bayi lagi.Seorang wanita yang penyabar dan pendiam, juga terlalu baik terhadap anak-anaknya dan isteri yang solehah & taat kepada suaminya (bapak mertua aku laa) tanpa banyak bicara.
Bapak mertuaku merupakan kacukan Melayu-Cina,yang boleh dikategorikan sebagai lelaki & ayah yg tidak bertanggung jawab terhadap kebajikan serta nafkah keluarga (pemabuk,kaki pukul,kaki perempuan & kaki judi) dan hanya bekerja untuk memenuhi keperluan dirinya sahaja. Hanya suamiku sahaja tempat keluarganya bergantung harap yang merupakan anak sulung & anak tunggal lelaki dirumah itu.Aku bersimpati dengan nasib ibu mertuaku,namun ku pendamkan saja..Apakan daya,aku hanya menumpang di rumah mereka dan bukan sapa-sapa..Namun begitu,bapa mertuaku amat menyayangi diriku lebih dari anak mereka sendiri dan mengambil tahu setiap masalah yang aku hadapi.Aku pun tak pasti kenapa. Tapi apa yang aku nampak,bapak mertuaku tidak gemarkan anak-anaknya menegur atau melawan cakap atau perbuatannya (yang aku tak pernah buat). Mungkin itulah penyebabnya..(manalah aku berani nak tegur bapak mertua cik non oii...)
Dengan hidup yang serba kekurangan, (walau sesekali tu mengeluh laa jugak) aku mulai membiasakan diriku dirumah itu. Disitu aku mulai belajar menjadi seorang isteri (yang belum sempurna) kepada suami dengan menjaga makan dan pakainya dengan ikhlas dan penuh kasih sayang...(walaupun mak mertua aku yang masak,aku cuma tolong hidangkan saja..) Aku amat bersyukur dan rasa bertuah mempunyai ibu dan bapa mertua yang dapat menerima aku sebagai menantu mereka seadanya (yang tak pandai memasak dam membuat kerja rumah ini) Apa yang aku buat dirumah itu hanyalah mencuci pakaian aku dan suamiku dan berhias untuk tatapan suamiku sahaja seperti yang diajar oleh emakku sehari sebelum aku akad nikah.." Kalau boleh,perempuan dah kahwin,jangan selekeh..Nanti suami pandang pempuan lain...Isteri mesti berhias dan berwangi-wangian untuk suami supaya suami bertambah sayang..." pesan ibuku. Sebagai minah yang naif lagi lurus bendul macam aku yang tak tahu menahu tentang asam garam rumah tangga apalagi, ikut jer laa... Sejuk hati dapat pujian dari si suami..
2 bulan menjalani hidup berumah tangga,aku merasa terlalu bahagia disamping suami dan keluarganya yang tersayang.
**gambar dari en.google**
Memandangkan aku dan suami tidak sama tempat kerja dan shift pun berbeza, kami hanya dapat bertemu 2 hari dalam satu minggu menyebabkan kami berjumpa unpama pasangan yang baru bercinta.Sungguh indah saat itu,hinggakan dalam bulan ke 3 selepas kahwin.....
bersambung......disini..
No comments:
Post a Comment