Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... Pagi ni mb terbaca tentang khasiat memeluk isteri... Mungkin ramai yang dah tahu khasiatnyakan? Tetapi,mungkin ada sesetengah orang yang belum tahu kerna masih baru di alam berumah tangga mcm my mr hubby.... Jum baca....
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta
berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara
sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan
pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
**pinjam gambar en.google**
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan
maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk
“Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat
Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain
mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan,
pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah
Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati
pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan
kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan
digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak
ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan
lebih cenderung untuk menghiasi diri.” kata Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah
Kamsah.-sumber
No comments:
Post a Comment