Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Monday, 19 March 2012

Kisah Hidupku (Bahagian 1)

          Dengan Sekali lafaz,tanggal 23.06.2005,aku telah sah bergelar isteri kepada seorang jejaka kacukan cina-melayu. Bercinta tak sampai setahun,kami terus bertunang kerana desakan org tua yang tidak begitu senang melihat keakraban kami tanpa sebarang ikatan. Setelah 3 tahun bertunang,aku pun dilamar untuk menjadi suri hidupnya.
 **search gambar dari en.google**

Mulanya aku enggan menerima lamaran itu kerna umurku baru sahaja 24 tahun & 'berbekalkan' kenaifan aku tentang pengurusan rumah tangga. Terus terangku katakan yang aku memang tidak pernah terfikir nak jadi "orang dapur" kerna selama aku belum berkahwin,makan pakai (head to toe) semua diuruskan oleh ibuku. Dari aku kanak-kanak sehingga meningkat remaja, ibuku memang tidak mahu sama sekali menyuruh aku menolongnya didapur dengan dialog biasanya "tempat kau bukan didapur...kau harus tumpukan perhatian dalam pelajaran.jangan jadi macam ibu..."
Kadang-kadang,diusiaku 15tahun,walaupun aku dengan rela hati nak tolong nenek didapur (hanya nak belajar menanak nasi),ibuku dah menjerit..."Kau buat apa tu? Buat apa sibuk2 kat dapur? Tempat kau bukan didapur..Apa,kau dah tak sabar nak belaki ka??" Itulaa dialog ibuku setiap kali aku nak tolong mereka didapur & menjadikan aku sedikit cuak nak buat kerja dapur...Hurmm....
Lama kelamaan,aku dah biasa memanjakan diri dengan tiada bebanan dirumah.Hanya belajar dan sekolah saja. Even kasut sekolah aku hingga aku form 5 pun,bapak aku yang tolong cucikan..Bertuahnya aku pada masa itu (walau aku tak minta untuk dimanjakan sedemikian rupa).. Walaupun anak sulung,aku dah diajar untuk tidak memikul tanggung jawab..Dan aku dah terdidik secara tidak lansung menjadi seorang pemalas & kekok nak buat kerja rumah (wlpn niat ibuku baik & ingin melihat aku berjaya dalam hidup)
Minggu pertama menjadi seorang isteri kepada Abu Leong (bkn nama sebenar & sesuai untuk kacukan cina-melayu,hihihi),amat indah & bagiku tiada masalah kerna kami tinggal dirumah ibuku..Ibuku menguruskan rumah seperti biasa & aku tetap jadi permaisuri seperti biasa sehinggalah aku dan suami berpindah kerumah keluarga mertuaku dengan alasan lebih dekat dengan tempat kerja kami suami isteri (yang kebetulan berdekatan antara satu sama lain)....
Bersambung....(disini)



2 comments:

  1. Oh...samalah kita...sekapal. My hubby pun mix Chinese-Malay juga...

    ReplyDelete
  2. Aziela... itu kisah dulu...dah jd my ex hubby..huhuhu..cdey....Tapi sekarang new hubby pun bkn malay..:)..thanks for reading ya..nanti ada masa mb sambung balik crita ni...

    ReplyDelete