Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Saturday, 23 June 2012

Keputusan Pertandingan Bola Tampar Pantai...

Salam....
Beberapa hari yang lalu Minah ada bagitahu yang Minah ada ikut pertandingan Bola Tampar Pantai anjuran syarikat kami dan bagaimana Minah boleh mengikuti pertandingan tersebut disini dan juga insiden yang berlaku pada Minah semasa pertandingan itu berlansung disini. Namun lupa plak Minah nak bagi tahu nama kumpulan kami.Ahli kumpulan terdiri daripada Akma Comel,Mummy lyn, Mila Karmila serta saya Minah bunga.
Pada asalnya geng2 nak bagi nama Puteri PMS (semasa Minah belum join diaorang)...

Namun setelah Minah join group diaorang,Minah demand plak eheekk.... Tak nak laa nama camtu..Puteri2 bagai..Poyo tol ler..hihihi... Jadi Minah decide nak nama yang ganas sikit...No Fear....Ha...amik kau!


Tetapi,ada bantahan jugak kerna tersangat ganas laa sangat bunyi nyer kan...Jadi,kami sepakatlah untuk menamakan kumpulan kami...... Ladies 1st....


Dan Keputusan hasil pertandingan itu adalah....


Dapat jugak hamper & medal yang akan diberikan pada esok hari,Ahad..
Alhamdulillah....Dari takde kan..:)
Hekhekehek.....

p/s..Tak pasal2 sampai hari ni Minah masih lagi berjalan tempang..Huhuhuhu...

4 comments:

  1. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 205 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..saya pun dah follow awak jugak...
      Insyaallah,kita boleh jd rakan blogger yang baik yer...:)

      Delete
  2. ah.. saya dah lama tak main bola tampar.. dah x reti rasanya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nong...saya pun dah lama tak main..dah bila main,lebam2 pulak tangan nih..hhihihii...

      Delete