Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Saturday, 16 June 2012

Bidan Terjun ke Pantai.....???

Salam....
Al kisah cerita ini bermula bila syarikat kami menganjurkan pertandingan Bola Tampar Pantai...
Jadi geng2 kami sibuklaa nak carik ahli pasukan...
Kalau ekot syarat penyertaan yang diberikan,
Satu pasukan main 2 orang,2 orang lagi pemain gantian....
Aku dengan bersemangat ler mintak izin dari En somi.
Kerna aku suka sangat sukan ni time sekolah dulu...
Dia jawab.."Takyah ler..Penat awak nanti..."
Ku redha..Tapi hati meronta2 jugak nak maen..(walhal suma itu dah lama aku tinggalkan..)
Semalam tetiba en somi cakap:- "Kalo awak nak maen,maen laa yer..Saya pun join jugak..."
Wah tau2 jer isi hatiku ini tapi suma geng dah ada team masing2,team mana pulak yang aku nak menyelit nih???
Lupakanlah hasrat nak maen....

p/s..kalo gini ler pakaian nyer..sebelum sempat menampor bola,kompom den dulu yang merasa kena penampor...har..har..har..

Pagi tadi time bekfast,aku dengar satu team dari team geng aku jugaklah ada masalah kekurangan pemain.. (salah sorang pemain tak dapat main last minit)..
Merekapun offer aku jadi bidan terjun menggantikan ahli mereka yang tarik diri last minit...(sebab hari ni nak hantor nama)
Aku mestilah jawab....nak..nak..nak....
Terus terjadinya tajuk Bidan Terjun Ke Pantai...
Hak..hak..hak...




No comments:

Post a Comment