Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Wednesday, 27 June 2012

Kalau semua maaf saya dah bagi kat awak, apa lagi tinggal untuk saya?

Alkisah, ada sebuah rumah tinggalnya pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga. Mereka sering bergurau senda namun selalunya si isteri bergurau melampaui batas dan boleh menyakiti si suami.Namun si suami akan memaafkan isterinya hinggakan suatu malam....
Suami: Syg tengok lengan tangan kiri abang ni berketul ketul kan..Gagah tak abang?
 
Isteri: Wah..gagah nyer abang...Mwuuahh!!...
Sambil kucup lengan tangan kiri suaminya....
Tak cukup dengan itu, dengan bangganya si saumi tunjuk pulak lengan tangan kanannya..
Suami: Syg tengok ni,gagah tak abang? Kalau gagah,kucup ler lagi...
Sambil mendekatkan lengan tangannya ke arah mulut isterinya namun tidak semena2nya si isteri pun menggigit lengan tangan suaminya dan melepaskan gigitannya selepas suaminya meraung kesakitan.....
 
Suami: Argggggghhhhhhh!!!!!!!!!!!! Apa yang awak buat ni??? Sakit laa...
Si isteri kaget lalu menitiskan airmata seraya berkata....
Isteri: Abang,saya betul-betul tak sengaja..Saya tak bermaksud nak sakitkan abang...Saya nak gurau jer..Tapi tak sangka abang boleh sakit camtu plak..Saya mintak maaf yer bang....
Suami: Sampai lebam cam gini awak cakap awak tak sengaja? Selalu jer cam ni tau...Jangan buat lagi boleh tak?
Isteri: Saya bersalah bang.Lain kali saya janji saya tak buat lagi. Saya betul-betul nak minta maaf ni bang...
Suami: Selalu jer buat salah...Lepas buat salah jer, last2 nak minta maaf...Kalau semua maaf saya dah bagi kat awak, apa lagi tinggal untuk saya?
Isteri: Abang,jangan camtu....Saya betul-betul nak minta maaf ni...
Suami...Hurm...Boleh,tapi esok saya bagi. Hari ni stok maaf  saya dah habis....Dahlah,jum tidur.... Saya nak siapkan maaf untuk awak esok hari nanti.
Si isteri yang masih rasa bersalah itu pun tertidur dengan lena sambil mengharapkan suaminya memberi kemaafan untuknya pada keesokan hari manakala si suami yang penyayang itu telah memaafkan kesilapan isterinya tanpa rasa dendam dengan harapan pengajaran itu dapat mengubah sikap isterinya suatu hari nanti...
Sekian....


3 comments:

  1. huhuhu.. bahagia isteri ni dapat hb yg penyabar.. kalau org lain mau kena lempang dok gigit2 tak tentu pasal gitu

    ReplyDelete
  2. Sangat loyar buruk si suami tersebut...

    ReplyDelete