Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Saturday, 5 May 2012

Selamat Hari Wesak...

Salam Satu Malaysia kawan-kawan....
Dikesempatan ini Minah nak ucapkan Selamat Hari Wesak Bagi yang beragama Buddha dan Selamat bercuti bagi yang cuti hari ini bagi menghormati hari perayaan kawan kita yang beragama Buddha..
Namun Minah kena kerja...Kerja minah belum settle lagi...
Bab tu ler Minah kejap ada kejap takda...
Jangan kata Minah sombong yer...
Minah mungkin akan sibuk sampai minggu depan jer.
Jadi tolong ler jenguk2 kan taman Minah ni yer..takut bersawang ler plak...Tak pun bersemak samun,huhuhuu...
Memandangkan kita ikut saranan Pak Najib untuk menjadi masyarakat 1 Malaysia,apa kata kita terjah mengenai sejarah Hari Wesak ni....
Untuk pengetahuan am jer lah yer....
                                         
 Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.


Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.-Sumber
 

No comments:

Post a Comment