Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Thursday, 3 May 2012

Aku Tetap Milik Kamu...

Salam Satu Malaysia kawan2... Hari ni Minah tak tau nak buat apa..
Bengang & Bingung sangat2 coz kerja tak setle2 jugak... 
Jadi,terhasillaa karya jiwang yang ntah ape2 ntah ni... 
Apa lagi...
Jom merapu!!!!!!!!!!!!!!!
 
Assalamualaikum....
Kehadapan insan tersayang....
Ku titipkan layangan warkah ini untuk tatapanmu,
Agar kau fahami apa yang tersirat didalam benak sanubariku,
Yang tak mampu diluahkan melalui ucapanku...

Insan tersayang...
Walau tutur bahasaku  tak indah berbicara,
Riak wajahku juga tak semanis madu,
Gerak badanku pula tak selembut sutera,
Namun percayalah, itu hanyalah pandangan luaranmu...

Insan tersayang...
Memang diri ini tidak sempurna dimatamu,
Sering mengguris perasaanmu,
Tidak juga menyenangkan hatimu,
Tidak pula meleraikan kekusutan di mindamu,
Namun percayalah, itu bukan maksudku...

Insan tersayang...
Walaupun ada insan yang cuba mendekatiku,
Juga sering menjaga perasaanku,
Dan mampu untuk menyenangkan hatiku,
Dapat pula meleraikan kekusutan mindaku,
Namun percayalah, aku takkan berpaling darimu...

Insan tersayang,
Walau siapa pun diri kamu,
Walau dari mana pun asal usulmu,
Walau apa pun pangkat dan kedudukan kamu,
Namun percayalah, aku takkan sesekali meninggalkan mu...

Insan tersayang,
Aku harap kau lebih mengenali siapa diriku,
Dan menyelami hati nuraniku,
Yang sanggup bersusah senang denganmu,
Menemanimu mengharungi setiap curam dan liku,
Dan percayalah, aku takkan berpaling darimu...

Insan tersayang...
Sekali kau melafazkan akad dihari itu,
Serta sanggup memikul segala dosa-dosaku dibahumu,
Dan meletakkan syurgaku di telapak kakimu,
Dan dari itu aku berjanji pada diriku wahai sayangku...
Aku Tetap Selamanya Milik Kamu... 
Selamanya....
Hingga Kehujung Nyawa...

                                              
Gambar Minah & Hubby 20 tahun akan datang..Pandai uncle gugel amik gambar kiteorg..
 Ikhlas dariku yang merapu...
Yang sayang kamu...:)



2 comments:

  1. amboi kemain lagi romentik tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha...romentik yang merapu2...

      Delete