Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Thursday, 17 May 2012

Mimpi Yang Bertandang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia....
Minggu lepas Minah bermimpi di datangi oleh arwah nenda kesayangan....
Mimpi arwah nenek datang jumpa Minah diiringi oleh 2 orang bodyguard lelaki yang berpakaian ala-ala nak g menunaikan haji...
Arwah nenek muda sangat,berbaju kurung biru berbunga kecik2..
Cantiklah arwah nenek...
Minah dengar suara arwah,tapi mulut arwah tak pulak terkumat kamit mcm org berkata2...
Arwah bawa Minah g kat bilik dier,dan tunjukkan almari pakaian yang dia tinggalkan..
Arwah nenek memang banyak koleksi baju kurung...
Minah dengar arwah kata,baju kurung dalam almari tu semua Minah yang punya...
Minah mesti pakai baju kurung dalam almari tu kerna itu semua hak Minah...
Minah nangess & peluk arwah kuat2....Arwah wangi sangat...Minah cakap Minah sayangkan arwah...
Arwah cool jer & senyum...Minah terus terjaga...
Minah kol mak dan bagitahu tentang mimpi Minah tu..
Slamber jer mak Minah cakap..."Owh,almari tu Mak Wa dah ambik."
3 malam yang lepas Minah mimpi arwah lagi...
Dia cakap dia takkan jumpa Minah lagi...
Minah tak sempat peluk nenek...Nenek makin jauh dan jauh...
Terus diselubungi kabus dan lesap....
Minah bangun dan nangess lagi....
Sebelum nenek meninggal,dia tanya mak Minah.."Jadi tak minah nak kahwin tahun ni?"
Mak Minah jawab.."Entahlah, katanya dia tak nak kahwin..Budak tu mana lah nak tetap pendirian.."
Nenek jawab.."Owh,kalau begitu,takpe ler..Jadi tak payah lah aku tunggu sampai dia kahwin..."
3 hari selepas perbualan itu,nenek pun menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Sampai hari yang ke 100 beliau meninggal dunia,aku masih terkandas disini,diperantauan...
Hanya linangan air mata & doa sahaja yang mengiringi pemergian beliau...
Al-Fatihah..

                                                                                                          sekadar gambar hiasan sahaja..

No comments:

Post a Comment