Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Tuesday, 24 April 2012

Permata Dalam Lumpur...

 
Setahun setelah aku sah bercerai dan bertitlekan ibu tunggal, aku nekad untuk menerima tawaran pekerjaan di kawasan perdalaman yang hanya mempunyai bandar yang kecil sahaja. Aku ingin bina kehidupan dan kerjaya baru disini serta meninggalkan semua kenangan pahitku dibandar besar kelahiranku walau aku punyai segalanya disitu.Pada zahirnya aku memang nampak ceria & gembira,namun luka dihati yang menanah ini tiada siapa yang tahu... 
Ego seorang wanita yang teraniaya seperti aku ini amatlah tinggi yang takkan menangis & meratapi kegagalanku sewenang2nya dihadapan insan lain..Aku tak ingin dipandang rendah atas semua yang berlaku...Biar batinku menjerit kesakitan asalkan pada zahirnya aku dapat bersandiwara mengaburi mata mereka dengan gelak tawa riangku... Aku tak mahu digelar wanita lemah dan aku tak perlu simpati dari mana-mana pihak apabila aku tunjukkan kesedihan aku yang sebenar..Biarlah mereka tak tahu....Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui...Aku redha...
Kini aku bangkit semula sebagai minah brutal ditempat baru yang tak mengetahui sejarah silamku dan sapa aku yang sebenarnya..Biarlah mereka mengenali aku sedikit demi sedikit...Tapi hanya insan yang terpilih saja yang layak tahu siapa aku..Masih terngiang-ngiang ditelinga kata-kata dari temanku sebelum aku melangkah kaki ke tempat yang asing ini...
"Ingat Minah..Hati-hati ditempat orang..Jangan mudah percayakan orang & jangan ingat orang kat sana sama macam orang kat sini..Yang paling penting,jangan sesekali bagi tahu yang Minah ni ibu tunggal kat mereka ya..Jaga maruah yer.. Minah tahukan yang orang akan pandang serong & senang-senang nak ambil kesempatan atas wanita yang bergelar ibu tunggal ni...So, be extra careful ya.." 
Aku bersyukur kerna di tempat asing ini aku  berjumpa dengan keluarga angkat yang berasal dari tempat yang sama denganku.. Dan aku juga memperolehi seorang kawan rapat yang juga berasal dari tempat yang sama.. Dengan merekalah tempat aku berkongsi cerita dan bersadu..Mereka juga orang pertama yang tahu siapa aku..
Pada mulanya aku merasa sangat kekok di tempat itu. Bahasa dan dialek mereka 100% aku tak paham. Namun begitu mereka paham dengan bahasa aku yang merupakan bahasa perantaraan rasmi negeri kami. Jadi,nak berkomunikasi dengan diaorang terpaksalah guna bahasa ibunda aku..Kamikan satu Malaysia..
2 bulan aku bertugas di syarikat itu,aku perasan ada sorang mamat selalu jer usha aku. Aku ingat aku perasan sorang atau perasaan aku saja yang syok sendiri.. Aku diamkan saja perkara tu..Belum pasti lagi,jadi tak nak laa bagi tau orang... Tapi,selepas kakak angkat aku bagi tahu yang mamat tu mintak details aku kat laki dier, memang sah lah yang aku tak salah anggap...Memang ramalan ku benar belaka. Aku hairan jugak kenapa mamat tu jarang ada kat syarikat.. Sekali sekala jer aku tengok dier... Tetiba rasa menyebok & ingin tahu tentang mamat tu meluap2 dalam hati ini... Dengan lagak selamba aku tanya ler abang angkat aku tu sapa mamat yang usha aku ari tu.. Dengan panjang lebar abang angkat aku ceritalaa pasal mamat tu...Yang mengejutkan aku yang diceritakan suma yang tak baik-baik belaka...
Menurut cerita abang lek (abang angkat aku), mamat tu adalah pemandu peribadi VVIP syarikat tempat kami bekerja..Pasal itu ler dia jarang ada kat syarikat.. Dia juga merupakan orang kanan kumpulan gangster terkenal kat tempat itu.. Dah kawin dan juga penagih dadah & kaki perempuan (aku terus bayangkan ex suamiku dulu..eeaa..geram!!!!)...
Hurm...aku rasa aku tau nak buat macam mana ngan mamat nih... Mamat camtu perlu diajar siket...Tetiba jer idea gila ku datang....
Saat yang ku tunggu telahpun tiba... Kalau dulu,bila mamat tu usha aku,aku buat derk jer..Buat tak nampak or tak layan..Tapi hari tu aku beranikan diri pandang wajah mamat tu dan senyum sekilas kearahnya (kira senyum goda dalam diam ler tu..) namun penuh dendam & makna yang mendalam.Apa lagi mamat tu,terus tak keruan...(eleh,baru senyum sikit dah gelabah...) Kali ini,biar aku yang susunkan rentak...
                                                   
Malam itu seperti yang ku jangka,mamat itu akan menghubungiku melalui sms. Tak perlu aku susah-susah nak bagi no enset aku,aku memang sedia maklum yang jantan cam gini gerenti ada sumber-sumber nya sendiri... Aku pura-pura tak tahu sapa yang menghubungiku..Aku seronok mempermainkan jantan macam tu...
"Salam Minah...Minah wat ape tu?"
"Salam..Tengah wat bodoh jer..Apasal sibuk nak tanya? Sapa ni?"
"Alaa..Garang tol la Minah ni..Takkan tak kenal kot... Yang senyum kat awak tadi tu...Ingat lagi tak?"
"Tak ingat..." (padan muka ko aku jual mahal..ehek..)
"Yer laa kan..Orang kan ramai peminat,takkan laa nak ingat kat kite kan.."
(berlagak rendah diri ler mamat nih..cheh...standard playboy mula nak ngorat..) 
"Eaa...awak ni kan perasan artis laa... Takde bagi tahu nama ke apa ke,tetiba jer cakap kite kenal kat dia plak... Awak ni artis mana yer?..Maaf saya takde kawan artis laa "   
"Eh,maaf yer awak..Saya orang biasa jer..Bukan artis.. Saya mamat yang pakai baju hitam tadi ingat?"
"Ooo...Ingat.. Sapa nama awak yer? Tak bagi tahu pun..Apasal sms malam2 camni? Banyak sangat kredit tu ker..Kalau dah banyak sangat,reti2 ler share2kan.." ( saja taknak jual mahal lama sangat,takut plak dia bosan & gagal ler plan aku)
" Panggil saja Wan..Nak berkenalan ngan awak..Kita jumpa nak? Kita gi makan2..Jom..." (berani mati mamat ni nak bawak aku kuar.. Dasar suami orang yang tak sedar diri..)
"Owh..Wan..Hai wan!!.. (..amik kau..)Tak nak la..Dah makan tadi..Lambat sangat pelawa..Ajak2 ayam ler tu.."( aku dah start main tarik tali)
"Kalau macam tu,malam esok jer kita kuar makan yek...boleh laa..Saya nak sangat kenal awak"
(dasar lelaki gatal..)"Insyaallah...K lah nak tidur ni,ngantuk..Salam"...
"Ok,gudnite..Mimpi indah yer..Jumpa dalam mimpi...Salam.."
 Kalau ler aku tak kenal sapa mamat tu,memang tipulah aku kalau ku cakap yang aku tak melompat-lompat gembira dengan sms tu.. Tapi,memandangkan aku dah tahu kejahatan mamat tu, aku rasa nak pijak2 enset yang tak berdosa tu..Mimpi indah konon..Indahkah mimpi tu kalau dia berada dalam mimpi tu nanti? Cheh....
Kuceritakan segalanya tentang malam itu dengan kawan baikku,Laili...
"Ko gila Minah..Ko sengaja nak  bermain dengan api laa..Tapi aku tetap sokong ko la sis... Tapi jgn nanti ko plak yang terjerat ya..."
"Ok sis...Ko doakan yang terbaik saja keyh.."
Malam yang penuh debaran telah tiba..Tapi aku masih belum ready nak keluar dengan mamat tu.. Aku berani dalam phone jer... Tetiba aku rasa cuak... Aku lom prepare ape2 lagi dia dah ajak keluar...Hampeh betol laa..Aku betul rasa gementar sangat2..Bukan gementar excited arr,tapi gementar cuak..Member gengster tu bai... Alahai...Aku call kakak angkatku.. Aku nak gi rumah dia... Ada jugak alasanku nanti....
Setengah jam masa aku tengah lepak-lepak rumah kak lin (kakak angkat aku ler..),sms enset aku berbunyi...
"Salam Minah...Jadi tak kuar makan malam ni?"
"Salam Wan..Rasa nya tak dapat laa..Minah masih kat rumah kakak ni.."
"Alaa..takkan tak dapat kot..Wan dari tadi tak makan tunggu Minah ni.."
'Takpe,Wan makan ler dulu..Minah dah makan ngan kakak tadi..Kecian akak & abang jer kat rumah..Minah teman diaorang keyh.." (belom makan sebenarnya)
"Kuar laa,teman Wan makan sekejap yer..Wan pun tak dapat lama jugak coz Wan nak g hantar datuk kat airport kat bandar nanti..Kempunan Wan nanti..Dahlaa 3 jam perjalanan nak gi bandar...Tak kesiankan Wan ker?"
(Eleh,mengada pulak mamat ni..Apasal tak makan ngn bini dier ajer...)
 "Sorry ler Wan k..Lain Kali jer laa..Minah penat. Esok nak kerja lagi..."
Lepas tu smsku tak lagi berbalas...Baru jer aku nak tarik nafas lega.Sejam kemudian, aku terdengar bunyi hon kereta depan rumah kakak..Dan ada panggilan ke enset aku..Wan calling...
"Minah,Wan kat luar ni..Keluarlah cepat, Datuk pun tengah tunggu dalam kereta ni..Wan dah mintak kebenaran Datuk bawa Minah temankan Wan hantar Datuk kat bandar.."
Aku tergamam... Datuk empunya Syarikat tempatku bekerja tunggu aku kat luar???
"Hello Minah..Jum laa..Takkan nak biar Datuk tunggu lama2 kot..."
"Saya keja lah esok wak..."
"Saya janji,lepas hantar Datuk kat airport,kita balik yer..Jum laa..Datuk dah tanya ni..Nanti awak bagi tau Datuk yang awak tu isteri saya yer... "
Licik betol mamat ni yer...Tak dapat keluar dengan aku berdua, sanggup bawa Datuk gi ambik aku kat rumah...Bagai lembu ditarik hidung,aku melangkah dengan terpaksa tanpa rela...Kakak dan abangku hanya tersenyum tawar..Mereka pun tak dapat buat apa-apa kerna Datuk ada bersama...Aku apa lagi,tak senyum langsung!Benci..Benci..Benci..... Tu jer dalam hatiku masa tu..
Aku hairan tengok Datuk sanggup duduk kat seat depan sebelah pemandu sedangkan aku umpama datin yang tak bertauliah duduk kat belakang...Bosan dengan perjalanan yang jauh,aku pun tertidur dalam kereta... Aku tak tahu lah berapa lama aku tertido dalam kereta,teriba saja aku rasa kakiku digoncang seseorang...Apabila ku buka mata,ku lihat kereta masih bergerak..Adakah aku bermimpi?? Ku perhatikan sekeliling kereta,Datuk masih duduk dengan tenang & apabila ku lihat cermin pandang belakang,ku lihat Wan memerhatikan gelagatku sambil tersenyum..Aku apalagi,tarik muka sambil jeling kat dia..Kerja Wan rupanya...Dia terus menghulurkan gula-gula getah untukku tanpa berkata apa.Pandai jugak nak segan2 depan Datuk..Nak culik aku bukan main siap bawa Datuk lagi..Hampeh!!!
Aku ambik gula-gula getah tu sambil merungut2 dalam hati dan menjeling lagi kearah cermin pandang belakang tu..Jelas sangat mamat tu sengaja nak bagi aku tengok dia..Senyum jer mamat tu..Seram ku tengok..Dalam membebel2 dalam hati sambil kunyah gula-gula getah,aku terlelap lagi...Aku memang pantang jalan jauh,gerenti aku nak membuta jer..Dah tabiat,nak wat cam mana kan..
Tiba2 aku rasa badanku melambung... Kus semengat..Terkojut den.... Rupanya kereta yang kami naiki melanggar lubang jalan besar... Dup dap dup dap rasa jantungku... Memang teruk betol jalan tu..Terhoyong hayang aku dalam kereta..Segar tetiba mataku..Ku lihat mamat tu senyum sinis kat aku..Sengaja ler tu..Tapi ku hairan..Eyh..mana gula-gula getah dalam mulutku tadi?..Urmm..mungkin aku tertelan masa aku melambung dalam kereta tadi kot...Eaa...Biarlah..malu nak bagi tau..hihihii...
Aku nekad tak nak tidur lagi...Lama betul perjalanan ke bandar ni...Dah lah aku nak terkucil..Takkan nak bagitahu driver kot..Malulah aku ada Datuk...Tahan Minah tahan...
Alhamdulillah..Sampai jugak kat airport...Sementara mamat & Datuk berjalan kedalam airport,aku tunggu dalam kereta jer,tunggu mamat tu balik.. Tapi aku hairan tengok,apasal Datuk ikut sekali? Tak jadi balik ker Datuk??? Aku tak bertanya,dan mereka pun tiada penjelasan... Ku lihat mamat tu memandu terus ke hotel mewah dan hantar bagasi Datuk sekali...
"Awak tunggu jap yer..Nak hantar barang Datuk kejap.."  
Sempoi jer mamat ni kan suruh aku tunggu pelbagai..Ingat aku ni bodyguard dier ker???
10 minit kemudian mamat tu datang dengan muka yang cemas dan bersalah.... 
"Awak,kalau awk nak marah saya marahlaa...kalau awak nak pukul saya pukul laa...Kalau awak nak tampar saya,tamparlaa... Saya benar2 nak mintak maaf kat awak ni... Flight Datuk delay ke pagi esok kol 8.00am... Kita tak dapat balik.. Kita mesti stayback wak...Esok nak antar Datuk gi airport awal pagi...Awak..saya betul2 mintak maaf..saya bersalah wak..."
Oh my God....Aku buntu dan terus kata...
"Awak,saya nak bagitau awak 1 perkara...Harap awak tak kisah..Dari tadi saya nak bagi tahu tapi takda kesempatan..." 
Mamat tu hairan sambil jawab.."Awak nak cakap apa??Cakaplaa..."
"Dari tadi saya rasa nak terkucil wak..Mana toilet..?" jawabku selamba...
Terus mamat tu ketawa... 
"Owh,nak terkucil rupanya..Kenapa tak bagi tau awal2..Ingat awak nak marah saya tadi..."
Aku terus berfikir dan berfikir macam mana nak keluar dari belenggu ini... Salah aku jugak yang takut sangat Datuk tu marah...Ini pasti rancangan mamat ni nak kenakan aku... Namun aku diam beribu bahasa sambil otak ligat berkira2... Takkan aku nak check in hotel kot..Mampooss!!! Tak kira,nak setle malam ni jugak...Apa nak jadi jadilah...Aku nekad...
"Macam mana sekarang ni wak... Saya nak kerja esok pagi... Saya nak balik ni... Dah laa saya ni sehelai sepinggang jer..." Serius jer mukaku...Tanpa mimik gelisah,tanpa mimik takut... Namun hatiku bagai nak roboh bergetar nak mampooss....
" Begini wak..Saya carik hotel untuk kita bermalam malam ni yer..." Jawabnya teragak-agak...
Sambil angkat kening dan masih maintain serius mukaku berkata...
."Satu bilik kongsi 2 ker???Ech..Taknak lah!! Gila pe..."
"Tak lah..2 bilik lah..Satu sorang keyh..Awak jangan bimbang..Kita ronda2 carik tpt tinggal.. Apa2 jadi kat awak,saya akan bertanggungjawab..."
Eleh..ko senanglah cakap..kau tu jantan..aku pempuan..Sengal! Makiku dalam hati sambil berkira2 apa dia nak buat dengan aku sebenarnya ni???Aku makin bgung tapi mukaku masih lagi serius dan menyombong...
Satu persatu hotel yang kami pergi semuanya dah penuh... Tinggal satu hotel jer dengan satu bilik...
 "Cam mana ni wak? Satu bilik jer...Saya booking dulu yer..."
Berat rasa hatiku namun ku angguk juga tapi aku masih tak berganjak dari kereta..."Lepas awak booking, kita ronda2 bandar ni dulu sambil saya nak fikir..."Kataku tegas...
Setengah jam meronda,mamat tu tak juga bersuara..Aku terus memulakan perbualan yang bunyinya tegas dan serius..Ternyata hebat jugak aku jadi pelakon kerna kalau diikutkan hatiku memang aku nak nangeess...Nak mintak pertolongan sapa2 supaya amik aku, sorang pun aku tak kenal kat bandar ni..Kebetulan bateri hp aku nyawa2 ikan...Aku harus berhati2 dengan penyangak tu...
"Satu bilik jer sekarang ni... Awak nak tdo kat mana?"
"Kalau awak takut saya apa2kan awak,saya rela tidur dalam kereta ni wak..."
"Eyh,awak memang ada niat nak apa2kan saya ker?" Jawabku selamba dan mendatar...
"Eyh..Sumpah wak..mana ada... Saya tidur dalam kereta yer..Tapi saya tumpang mandi jer kejap boleh? Saya janji lepas mandi,saya keluar..." Jawabnya bersungguh...
Eleh..yer ler tu..."Kita jalan dulu..Tengok macam mana.." Arahku.. 
Chewaah..Pempuan boleh arah member gengster camtu...
Otakku ligat berfikir dan bersoal jawab..Jenuh hatiku bermonolog bersendirian..Kalau aku tinggal kat hotel tu sorang-sorang & dia cakap nak tidur dalam kereta.. Bagus jugak,selamat aku...Tapi betulka aku selamat?? Entah2 dijualnya aku dengan member2 dier..Dirogol nya aku beramai2,tak ker naiya aku..Pastu dia tinggalkan aku sorang2 lagi dalam hotel tu,cam mana aku nak balik?Ya Allah..Tolong aku...Kalau aku biarkan dia sebilik dengan aku,mungkin aku selamat dari dijual,tapi selamatkah aku dengan dia??Hadooiii.......Bodohlah aku ni!!!!!!
Eyh,apa nak jadi-jadilaa...janji aku selamat...
"Lama lagi ker kita nak ronda2 ni datin?"...Eyh..perli nampak..
."Ok laa...Geraklaa.." Kataku berat...
Sampai jer kat hotel,kaki ku begitu berat sekali nak masuk..Ya Allah,betul ker apa yangku buat ni??? Dahlah lapor nih..Nak bagi tau malu ler plak... Diam jer laa...
Dari tingkat bawah sampai dalam bilik hotel,aku diam seribu bahasa dengan muka serius yang masam mencuka..Namun mataku ngantuk sekali...Ku perhatikan ada satu katil besar.. Masuk dan terus duduk... Mamat tu tolong bukak tv dan ku lihat dia tak berani memandangku... Ku lihat ada selimut... Terus aku duduk dan menyelimuti semua badanku yang ku rasa panas sejuk itu manakala mamat tu sedang mandi. Aku masih berdebar dan bermonolog sendirian lagi... Harap2 mamat tu jangan keluar hanya bertowel atau berbogel depan aku..Mau nyer aku menjerit satu hotel ni nanti... Mataku menonton tv,namun dalam hati dan otakku berimaginasi yang buruk2 belaka..Berpeluh-peluh aku masa tu,sejuk panas jer rasa hanya Tuhan jer yang tahu...
Tiba-tiba ku dengar air paip dalam bilik air tu berhenti berbunyi dan menandakan bahawa mamat tu dah habis mandi...Ya Allah...Nerves nyer aku!!! Tapi aku berlagak selamba dengan berpura2 kusyuk menonton tv... Keluar jer mamat tu,sempat aku tengok dari anak mata...Alhamdulillah..Dah lengkap berpakaian dah...Lepas tu,ku tengok dia dah berkemas2 seperti dah nak blah..Aku tanya laa...
"Awak berkemas2 tu nak kemana?" Serius saja nadaku...
"Nak gi tidur dalam kereta...Nanti awal pagi awak bangun buka pintu tau...Saya nak mandi pagi sebelum hantar Datuk.."Pesannya,lembut...
"Eyh..Tak payah nak tidur dalam kereta...Awak amik  bantal ni,awak tidur kat bawah yer..." Kataku lagi...
"Kalau awak tak kisah saya ok jer.."katanya sambil baring kat bawah lantai...Memang dah biasa ler tu....Rungutku dalam hati....
Malam semakin pekat,mataku semakin mengantuk..Tapi mamat tu tak juga tidur..
Tetibaku rasa kepalaku berdenyut-denyut...
"Awak ada panadolka?Kepala saya pening laa"
"Ada,jap keyh..Saya ni salu jalan jauh..Sebab tu peti kecemasan mini ni perlu ada...Nah.."
Lantas ku capai dan ku telan bersama air mineral yang dia bagi..
"Apasal awak tak tidur lagi ni?" Soalku kerna aku rasa tak selamat selagi mamat tu belum tidur,aku tak dapat nak tidur lena...
"Jap nanti saya tidurlaa..."
Tanpaku sedari aku terlelap selama beberapa jam. Namun aku tiba-tiba terjaga dari tidur...
Cemas dan takut diapa-apakan... Ternyata,badanku masih berselimut kemas..Ku lihat mamat tu pun dah tidur..Jadi ku rasa selamat nak sambung tidur balik sampai pagi sambil memegang kepala yang masih berdenyut2 itu....
Aku rasa begitu selesa kerana terasa kepalaku di picit-picit lembut... Baru jer nak rasa selesa,tiba-tiba aku teringat yang aku sebilik dengan mamat itu..Lantas aku bangun mengejut & kepalaku berdenyut lagi....
"Aduuuhhh...Awak buat apa ni???"Tanyaku sambil tunduk memicit-micit kepala yang berdenyut2 itu.
"Maaf wak..Masa saya bangun tadi saya tengok awak pegang2 kepala..Jadi saya tolong urutkan jer..Saya tak buat apa-apa wak..saya tak sanggup tengok awak sakit sorang-sorang..Ni,saya ada beli sarapan..Kita makan sama2 yer..Datuk kirim salam.. Saya nak kejutkan awak,tapi tak sampai hati..Kuat jer awak berdengkur.Lena jer awak tidur.."Jawab mamat tu sambil tunduk menyediakan sarapan untuk kami...
Aku tergamam dengan kata-kata mamat tu tadi...Ada kah dia cakap aku berdengkur kuat...
Agak2 ler cover linelah sikit...Aku malu laa...
Namun aku bersyukur mamat yang dikatakan sebagai orang jahat itu tidak mengapa-apakan aku...
Aku pun melangkah kebilik air dan cuci muka untuk bersarapan...Biarlah mamat ni layan aku macam puteri... Kalau dia layan bini dia macam ni kan bagus..Kata hatiku berbisik sambil menyuap mee goreng kemulutku...
Alhamdulillah syukur aku tidak diapa-apakan malam tadi...
Dalam perjalanan balik ke tempat kami,aku sempat berborak2 sambil nak cungkil rahsia mamat ni...
"Awak ni salu traveling jauh2,bini awak tak kisah ker?"
"Sapa cakap saya dah ada bini? Gerenti awak ada dengar cerita tentang keburukan saya kan?"
"Takde laa...Mana ada..Kenal awak pun tak,cam mana nak tahu pasal awak pulak..Saja jer nak tau..Salah?Kalau tak nak jawab sudah..."    
"Tak..Saya tak kawin lagi...Awak dah ada teman lelaki ker?"
"Dah.."
"So,macam mana ni?"
"Macam mana pulak??"
"Awak dah ada teman lelaki dan saya pun terjatuh sayang kat awak.."
"Awak sayang jer bini awak tu kuat2..."
"Macam mana nak sayang bini dah bakal bini saya ni dah ada buah hati..?"
"Eleh..merepek jer.."
"Betul... Walaupun mata awak tak cantik,tapi saya tetap sayang awak..."
Eyh mamat ni...Cakap sayang kat aku ler apa ler..Tapi selamba jer kutuk mata aku...Aneh betul mamat ni...Ku jeling dia...
"Kalau tak cantikpun bukan untuk awak..Jadi tak payah tengok occay..."
"Nak jugak....sebab saya sayang awak..Walaupun mata awak tak cantik.."
Mudah betul lelaki luahkan rasa sayang...Aku hanya menggelengkan kepala... Tiba-tiba dia menggenggam jariku...
"Ni apasal pegang2 ni? Takut saya terjun dari kereta yek?" Sindirku...
"Tak laa..Sebab saya sayang kat awak.." kata mamat tu...
"Ala...cakap jer laa..Jangan pegang2...Klasik sangat laa..." Jawabku lagi....
Mamat tu terus lepaskan tanganku perlahan2..Makan hati ler tu..
Harharhar....aku ketawa dalam hati sambil senyum...Aku hanya nak main2kan mamat tu,bukan nak buat musuh...Tak pasal2 aku dikerjakan oleh geng-geng dia,naiya aku...Aku ambik ler hati dia balik & borak-borak kosong dengannya... Last-last dia ok jugak....Peramah jugak mamat ni tapi pemalu...Tak taulah kenapa dia malu sangat dengan aku..Mungkin aku tak lembut macam perempuan lain kot.Sesampai jer aku kat hostel,aku mula melabuhkan badan di katil bujangku sambil tenung siling dan berfikir..Kalau mamat tu benar-benar jahat,kenapa dia tak mengapa-apakan aku yer? Siap mintak maaf bertalu2 lagi...Aku mesti siasat siapa mamat tu sebelum buat andaian sendiri..
Sejak kejadian penculikan itu berlaku,aku makin percaya dengan mamat tu kerana dia sama sekali jauh berbeza dari gambaran orang mengenainya...Aku makin percaya yang mamat itu belum kahwin. Ternyata,aku tiada masalah untuk menghubunginya bila bila masa setiap kali aku perlukan bantuan darinya. Dia terlalu baik denganku dan sering memberi nasihat yang baik-baik saja padaku & sentiasa menjaga setiap keperluanku dengan tiada cacat cela. Sakit peningku semua diambil kira walhal aku dengar yang dia tu jenis yang ganas dan tak bertimbang rasa. Aku rasa bersimpati dengannya dan merasa terharu atas kebaikannya. Tanpaku sedari, aku mulai menyayanginya dan mula menghormatinya.. 
Atas permintaannya,aku memanggilnya Abang Wan..
Cheaa...
 
Sekadar gambar hiasan pinjam dari uncle gugel

Aku merasa diriku begitu berharga sekali disampingnya.Tak pernah ada sedikitpun tanda-tanda yang abang wan ingin mengambil kesempatan atasku atau menjentikku.. Aku makin tidak percaya dengan kata-kata orang.. Memang Abg Wan bekas penagih dadah dan berkelakuan kasar,namun disebaliknya,abang wan seorang yang penyayang dan perihatin.. 
Orang hanya menilainya melalui masa silamnya..
Itu tanggapanku masa itu.
Sehinggakan suatu hari ketika aku berborak dengan laili di ruang tamu,ensetku berbunyi...tertera Abg Wan calling...Aku cuba menjawab namun abg wan tak juga membalas dan tiba-tiba bunyi talian dimatikan.Aku hairan dengan kejadian itu dan tiba-tiba sahaja aku terima sms dari nombor yang aku tak kenali...
"Owh..jadi kaulah perempuan yang ada hati nak rampas laki aku tu yer? Dasar perempuan tak malu..Tak sedar diri..Eh perempuan,kau takde lelaki bujang lain ker sampai laki aku pun kau nak kebas, hah?!Dasar perempuan murahan..Siap kau kalau ku jumpa kau nanti!!!"
Berderau darahku membaca sms itu dan dengan tdak semena-menanya air mataku mengalir deras...Jiwa dan mindaku terasa kosong ketika itu..Aku buntu dan keliru..Laili pulak hairan melihat aku menangis dengan tiba-tiba...
"Wey,kenapa dengan kau ni Minah?Kau Ok Ker?? Sapa yang marah kau? Apasal kau nangis??"
Aku hanya membisu seribu kata dan bersedu sedan..Aku masih tak percaya yang Abg Wan sanggup tipu aku.. Aku sedih..Tiada dalam perinsip hidup aku nak rampas kebahagiaan orang...Seminggu aku bermurung kerna aku terlalu rindukan Abg Wan dan kecewa dengan sikapnya.Aku tak ingin berpisah dengannya namun aku juga tak nak jadi perampas laki orang... Aku buntu...Namun aku yakin,setiap perkara itu pasti ada sebabnya...
Malam 31 Ogos tahun itu, semasa aku tengah lepak dengan laili dalam keadaan masih bermuram aku dikejutkan dengan panggilan dari Abang Wan. Memang aku nekad tak nak hubungi dia dahulu.Dengan suara yang terketar-ketar ku sambut panggilan itu.

"Hello..."
"Hello sayang..Selamat Hari Merdeka yer...Abang mintak maaf kerna tak berterus terang tentang situasi yang sebenar..Abang salah...Maafkan abang.." sayu jer bunyi suaranya...
"Abang kat mana ni? Kenapa abang buat macam ni kat Minah? Sampai hati abang tipu Minah..." Terus airmataku mengalir lagi... Dialah tempatku bermanja dan tempat mengadu kala aku berjauhan dengan keluarga selain keluarga angkatku dan Laili...
"Abang kat rumah sekarang ni tengah jaga baby. Mak budak ni pergi sambut merdeka dekat club"
"Apa,abang dah ada baby??" Tiba-tiba terlepas enset dari tanganku...Aku tergamam..

"Dugaan apakah lagi ini... Baru jer tahu dia dah ada bini,sekarang dah ada baby pulak...PENIPU!!!!!"
"Sabar Minah..Mungkin semua ini ada sebab disebaliknya. Nanti kau cakap baik-baik minta penjelasan dari dia yer...Tanya apasal dia buat kau cam ni..." Pujuk Laili... 
Aku menangis lagi...
Selepas jiwaku kembali tenang dan fikiran aku dah mula dapat berfikir secara rasional, aku bernekad untuk bersemuka dengan Abang Wan dan minta penjelasan...
"Bukan abang sengaja nak sembunyikan dari Minah,tapi abang malu jika Minah tahu yang bini abang tu bekas gro club malam. kami berkenalan semasa abang masih jadi kaki clubing dulu. Abang mengaku abang pernah terlanjur dengan dia sekali,tapi abang tak sangka dia akan mengandung. Pada mulanya bini abang enggan kahwin dengan abang dan dia juga cakap yang dia bukan kandungkan anak abang tapi anak kekasihnya berbangsa cina. Abang kasihankan anak perempuan itu,abang nak bertanggung jawab kerna kekasihnya lari bila dapat tahu perempuan itu mengandung. Abang kasihankan anak yang tak bersalah itu walaupun perempuan itu tak mengaku bahawa itu anak abang...Abang nak selamatkan hidup perempuan tu dan anak dia dari kehidupan macam tu walau abang sedar abang tak sebaik mana...Namun selepas berkahwin,perempuan tu masih tak berubah dan tak anggap kehadiran abang ni sebagai suami dia... Pernah abang terfikir nak ceraikan dia,tapi abang kasihankan anak itu...Makan pakai abang dan anak abang pun abang serahkan semuanya dengan jiran abang.. Yang perempuan tu tahu abang balik bawa duit dan dia pergi berjudi..Abang tahu abang dayus..Tapi semua untuk kebaikan anak abang..Abang ingin sekali nak memperisterikan Minah tapi abang takut Minah tak sudi dengan lelaki jahat macam abang..."
Panjang lebar Abang Wan menerangkan segalanya denganku... 
Timbul rasa simpatiku padanya.. Yalah selama ini orang anggap dia seorang yang gengster,tiada bertimbang rasa, kaki perempuan dan bekas penagih dadah..
Namun orang luar tidak pernah mahu menyelami hati dan jiwa manusia sepertinya..
"Minah akui Minah terlalu sayangkan abang dan tak nak berpisah dengan abang.Tapi abang berstatuskan suami orang,Minah tak nak jadi perampas abang...Minah hormat abang... Minah tak pernah anggap abang jahat walau orang mengutuk abang.Minah tahu abang baik.Tapi Minah juga tak sanggup jadi perempuan simpanan abang..Bagi minah masa untuk berfikir ya bang..."
Aku bekerja seperti biasa dengan hati yng bercelaru... Aku masih menyiasat kebenaran kata-kata dari Abang Wan.
Laili telah memberitahuku bahawa ada seorang kawan kami yang berjiran dengan Abang Wan...
Jadi aku usha & tanyalah si Nancy...
"Memang isteri Wan tu jahat. Selalu jer balik lambat.. Makcik aku yang selalu uruskan makan pakai anak dia kalau Wan gi outstation. Kau tau,satu taman kami dah tahu kamu ni kekasih Wan.. Kami tak marah malah kami bersyukur Wan jumpa wanita seperti kamu. Kami dah macam satu keluarga,tapi Wan tu bodoh..Dah tahu bini teruk macam tu,masih lagi nak simpan. Dahlah kain baju tak nak dicuci,tengah hari baru nak bangun ,balik pagi buta..Mabuk-mabuk..Bangun jer terus gi berjudi... Kesihan anak diaorang...Terabai jer..."
Benarlah apa yang dikatakan oleh abang Wan..Hidupnya tak bahagia..Kesian abang...
Namun....
Aku tetap dengan keputusanku...
"Abang...Minah macam wanita lain jugak..Suatu hari Minah nak juga nak kahwin,nak bahagia dengan suami.. Tapi abang tak dapat bagi Minah semua tu kan? Minah pun tak paksa Abang buat camtu dengan Minah.. Demi Allah,Minah sayangkan abang...Minah hormat abang..Minah taknak kehilangan abang,tapi Minah taknak juga nak pentingkan diri Minah... Abang jadi abang Minah jer k..Abang kan takda adik..Minah pun takda abang..."Kataku teragak-agak  penuh mengharap...
"Baiklah Minah..Abang hormati keputusan  Minah...Abang pun tak nak jadi penghalang kebahagiaan Minah..Tapi ada syarat.. Minah pastikan yang lelaki pilihan Minah nanti betul-betul sayangkan Minah ... Abang tak nak mereka hanya nak permainkan Minah saja..Abang nak yang terbaik untuk orang yang abang sayangkan ni...Kalau Minah terluka atau teraniaya,bagi tahu abang..Tahulah abang nak ajar dia orang..." Kata Abang Wan...
"Terima Kasih abang...Walau luaran abang nampak jahat dan kasar,namun hati abang begitu suci sekali...Minah harap abang bahagia bersama keluarga abang..."
"Terima kasih atas doa Minah...Abang pun harap Minah temui kebahagiaan MInah..Maafkan abang yer..."
Ku salam dan kucup tangannya buat kali terakhir..
Sejak hari itu,kami jarang berjumpa namun aku tidak pernah menyesal bertemu dengan lelaki jahat yang sebaiknya.. Kini Abang Wan telah menghilang entah dimana... Aku hanya dapat doakan kebaikannya dari jauh sahaja walau dimana dia berada.Aku juga ingin khabarkan yang aku sudah bernikah dengan lelaki yang dia kenali.Aku ingin mendapat restu dari abangku itu kerna... 
Bagiku,dialah permata yang berharga terbenam di dalam lumpur yang kotor...
Abang...
Kaulah abangku dunia akhirat....
~Tamat~






                                       

No comments:

Post a Comment