Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Monday 9 April 2012

Happy Birthday to Me!!!!

"Happy birthday to me...Happy birthday  to me..Happy birthday to minah bunga..Happy birthday to me...."

Alhamdulillah..Syukur banyak2 coz aku masih diberi kesempatan untuk hidup dan menyambut ulang tahun kelahiranku yang ke 31..Uhuhuu...Dah tuee..... Namun aku bersyukur kerna aku masih diberi peluang untuk terus bertaubat dan memohon keampunan dari pada yang Esa... 
                               
 **bday cake dari mr google**


Dikesempatan hari ini juga aku mengucapkan bebanyak2 terima kasih kepada mak aku yang susah payah meneran dan melahirkan anak secomel aku..hiihiii... Aku sayang sangat mak aku..Thanks mom!!! Terima kasih juga pada bapak aku yang susah payah bekerja keras sara hidup aku dari kecik sampai besar & tanggung dosa aku semasa aku belum kawin dulu...Aku sayangkan bapak aku sangat2... Bapak aku jugaklah tempat aku berkongsi cerita...Thanks atas kesudianmu melayan cerita2 anakmu ini pak...Dengan mak aku tak berani,mak aku garang giler...Tapi bagus jugak ler untuk masa depan aku jugak...Thanks atas kegarangan mu mak..hihihii...

Aku bersyukur kerna tahun ini aku menyambut ulang tahun kelahiranku bersama dengan suami yang penyayang dan memahami...Sesungguhnya dialah pembakar semangat aku yang sentiasa lemah ni dan sentiasa menjadi tulang belakang kepada kehidupan aku...Ku harap biarlah untuk selamanya...Thanks atas kasih sayang yang tak berbelah bagi kekanda....**hihii,silaa lah muntah yer** 
Thanks for my son yang amat memahami yang mummy nyer ini betul2 menyayangi nya walaupun mummy nya jauh di ceruk hutan kat sini & coz menjadi pengubat kelukaan dikala mummynya sedang sedih & tolong hiburkan hati mummynya ini tatkala aku kesepian... Thanks anak....
Terima kasih jugak pada kawan2ku yang bersusah payah abis kredit msg & call aku semata2 nak wish bday kat aku..Aku sayang korang tau!!!
Terima kasih jugak pada rakan blogger yang rajin membaca celotehku yang merapu2 ini & sudi jadi follower kat taman yang tak seberapa indah ini yer..Aku pun dah mulai sayang ngn windu ngn korang laaa...:)

2 comments: