Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Monday 26 March 2012

Kisah Hidupku..Bahagian Ke 3

 Sambungan disini...

Aku Mengandung!!!!

Bulan ke 3 selepas berkahwin,aku disahkan mengandung!!!! Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana memurahkan rezeki kami. Gembira betul hati kami pada masa itu,hanya Tuhan saja yang tahu. Apalagi,aku dan suami terus mencari nama anak-anak islam yang baik-baik sahaja didalam buku Himpunan Nama Anak-Anak Islam. Tapi yang menghairankan,hanya nama anak lelaki sahaja yang aku carikan pada masa itu, kerana hati kecilku kuat mengatakan bahawa aku sedang mengandungkan bayi lelaki.Setelah dipersetujui aku dan suami,kami menamakan bayi kami Mohd Afham (yang pandai)....

                                          
**gambar ihsan dari en.google**

Aku masih ingat lagi,makanan pertama yang aku idamkan ialah Kari Asam Kepala Ikan Merah masakan ibu mertuaku yang cukup lazat dan menyelerakan. Suamiku yang mulanya teruja dengan kehamilan aku menurut sahaja permintaan aku diawal kehamilan itu tetapi,ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan lebat pulak yang melanda ditengah hari...
Setelah kandunganku berusia 3 bulan, suamiku mulai berubah sikap... Dari yang penyayang menjadi baran.. Dari yang ceria,menjadi pendiam apabila bersama dengan aku. Dia sering mengambil peluang untuk menjauhi aku. Di hari cuti rehatnya pula,suamiku sering balik lewat hingga ke pagi sebelum subuh tanpa memperdulikan aku yang sedang mengandung itu. Aku hairan dan terkilan dengan sikapnya. Apabila ditanya,suamiku akan marah-marah dan menyalahkan aku dengan perubahan yang terjadi pada dirinya... Lebih teruk lagi, apabila aku tersedar dari tidur,suamiku balik dengan berbau arak... MasyaAllah.. Suamiku dah mula berjinak-jinak dengan minuman keras... Apabilaku membawanya berbincang dan menanyakan masalahnya,suamiku terus menunding jari terhadap aku dan mengatakan semuanya berpunca dari aku yang terlalu mengada-ngada bila mengandung dan manja yang berlebihan membuatkannya merasa rimas.."Ya Allah...Besar sangatkah salah aku??" Rintihku daham hati...Pernah juga sekali aku terjumpa bungkusan plastik kecil lutsinar di dalam poket baju kerjanya yang menyerupai dedaun kering yang dipotong halus. Apabila aku bertanya,suamiku diam sahaja hingga aku mendesaknya untuk bersuara dan jawapannya... Itu daun ganja!!! Rasa nak pitamku dengar jawapan itu.. Ya Allah,sungguh besar dugaanMu..Dimanakah hendak ku bersadu dan bagaimanakah nasibku nanti......Aku menangis sendiri tanpa pujukannya...

2 comments:

  1. MB..? is that true? how come! o man!!! so now u r realy2 pregnant this tyme?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...Im really pregnant on that time & my son already 6 years old ma..hihihii...

      Delete