Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Monday, 13 August 2012

Kerna kemalasan...

Salam....
Apabila dah penat balik dari kerja & badan juga tak bermaya kerna berpuasa seharian,maka tercetuslah ilham masakan yang paling sempoi,all in one iaitu...

Bubur Ayam Bersantan Istimewa Versi Minah Bunga...
Walaupun sempoi,namun aku rasa memang cukup complete dah.. 
Beras,air secukupnya utk buat bubur, hirisan daging ayam,lobak merah & kentang dipotong dadu,hirisan bawang merah,putih & bwg besar,halia serta serai dititik campak sekali dalam rice cooker.
Masukkan sekali kiub ayam seketul jika mahu...
Pas dah jadi bubur,masukkan santan sepeket yg dibancuh air sikit berserta dgn garam secukup rasa...
Gaul punya gaul,dah cukup cantek & masak, siap ler tu...
Taburkan daun sup sekali jika mahu..
Yang paling penting,hubby suka dgn masakan ini...
Sempoikan..hiihi


4 comments: