Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Thursday 24 May 2012

Ku Pasrah.... Ku berserah.....

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia....
Memang kebelakangan ini Minah sakit2 & simptom2 yg Minah alami mcm kena "buatan org" jer...
Kawan2 pun banyak cakap camtu..Minah pun rasa camtu gak...
Dah Minah miss period 3 hari,Minah pun pergi menilik hasil dari "buatan org tu..."semalam...
Minah pasrah bila.....

Mungkin ada sebab terbaik kenapa Allah belum mengurniakan rezeki itu lagi...
Tapi yang Minah bimbang sangat ialah tentang kondisi kesihatan Minah yang tak menentu ni...
Kalau bukan kena "buatan org",grenti kes lain...
Yer laa... Dalam sejarah keluarga Minah,memang sebati dengan kanser...
Mak Minah pernah operate kerana kanser usus besar...
Arwah nenek Minah ada kanser darah...
Auntie & kazen minah ada kanser rahim/serviks...
Nauzubillah minzaliq....
Minah & hubby dah apply cuti untuk buat check up...
Bahaya jugak kalau bertugas di kawasan perdalaman yang jauh dari klinik & hospital ni...
Apa-apa pun, Minah hanya mampu berserah pada yang Esa....
Semua kejadian & musibah yang Dia turunkan ada hikmah disebaliknya untuk kebaikan hambaNya...
Semoga ku tabah menghadapi ujian dari Nya...
amin..


2 comments:

  1. usaha lagi ye.. InsyaAllah ada rezeki nanti...

    minta dijauhkan dari segala penyakit yg lain

    ReplyDelete