Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Saturday 7 April 2012

Kisah Hidupku..Akhirnya..

Sambungan dari sini...

Tanggal 25 April 2006, aku telah selamat melahirkan seorang putera melalui pembedahan yang dinamakan Mohd Afnam bin Abu Chong... Dari dalam pantang hingga Afnam berumur 1 tahun, aku dan suamiku berpisah tempat tidur selepas insiden dimana suatu malam,ketika aku masih dalam pantang,handphone aku berdering dan tertera nama suamiku yang kebetulan kerja shift malam.. Ku sangka dia ingin bertanya khabar kami anak beranak,rupa2nya Tuhan Maha Adil & memberi petunjuk kepadaku sikap suamiku yang sebenar.Kedengaran suara perempuan dalam talian..Mungkin perempuan itu terdail atau tertekan punat hp suamiku,aku pun tak pasti..Yang nyata,setelah aku menghubungi hp suamiku,dia tidak mengangkat panggilanku dan tetiba sms darinya datang dan hanya berbunyi.."Nanti call back,aku masih sibuk..." Berderau darahku...Aku dah hilang sabar...
"Aku tetap dengan keputusanku mak..Aku nak mintak cerai..Aku tak sanggup nak hidup mcm ni..Ada laki pun mcm tiada laki...Bagus aku tak payah berlaki..." Luahku dengan ibuku suatu hari...

"Apa masalah korang ni sebenarnya? Takda ribut takda taufan,tetiba nak buat keputusan mcm ni..Tak kesian dengan anak ker?" Jawab ibuku...

"Minah geli tau tak mak... Entah dengan perempuan mana dia tidur selama ini...Nanti balik2 bawa penyakit... Minah tak nak... Lagipun minah masih muda..Anak baru jer sorang..KAlau anak dah banyak dan dia masih tak berubah,sapa yang nak kat Minah lagi?? Minah tak nak diperbodohkan macam perempuan lain..Nak tunggu laki berubah,rambut dah beruban,muka dah berkedut,anak dah berderet,baru nak bercerai...Mak nak minah macam tu ka mak?Mak,sekarang belum terlambat Minah nak fikirkan kebahagiaan Minah sendiri..Minah tak tahan menderita..Ini semua untuk kebaikan Minah dan anak Minah mak... Mak tak tau yg Abu Chong dah buat Minah mcm2...Kalau Minah bagitau pun,sapa nak percayakan Minah mak kalau tengok perangai Abu Chong mcm malaikat jer... Luaran memang Minah nampak ok jer,tapi dalaman Minah terdera mak... Minah tak mahu anak minah tengok penderitaan Minah...Tak baik untuk perkembangan mental anak Minah, mak..Biar dari kecil anak Minah biasa dengan perpisahan ini..Kalau anak tu dah besar nanti,lagi susah dia nak terima semua ini..Percayalah mak..." Segala yang terbuku di hati Minah selama ini,diluahkan dengan ibunya tanpa berselindung lagi..

"Mak tolong bagitahu mak mertua Minah yang esok Minah nak pergi ke Mahkamah Syariah..Nak failkan penceraian...Minah sayangkan anak Minah & Minahpun sayangkan diri Minah..Minah tak nak jadi hamba cinta.. Keputusan Minah muktamad.." Sambung Minah lagi,tegas..

Ibu mana yang tak mahu yang terbaik untuk anaknya...Lantas ibuku menghubungi keluarga mertuaku dan menceritakan semuanya kepada ibu mertuaku... Pada mulanya ibu mertuaku menafikan perbuatan anaknya,tetapi akhirnya dia akur dengan keputusanku...

Memang aku tidak menuntut hak penjagaan terhadap anakku kerna aku tak mahu anakku kehilangan kasih seorang ayah... Aku dan bekas suamiku bersetuju untuk mendapatkan hak penjagaan bersama.. Walaupun saudara mara atau keluargaku memaksa aku menuntut hak penjagaan terhadap anakku,tetapi aku tetap enggan..Aku tak mahu menjadi seorang ibu yang kejam dan pentingkan diriku sendiri...Aku inginkan segalanya yang terbaik untuk anak kami...Baru ku sedar bahawa suamiku hanya inginkan zuriat dariku sahaja dan bukan diriku yang didambakannya...Tapi aku pasrah..Hidup perlu diteruskan walaupun tidak dinafikan yang aku kerap juga menangis dikala keseorangan mengenangkan nasib menjadi ibu tunggal di usia muda namun aku tidak menunjukkan kesedihanku didepan kawan-kawan dan keluarga..Aku tetap ceria seperti biasa hinggakan kawan rapatku tak percaya yang aku telah bercerai...

Seabis edahku,aku telah berpindah tempat kerja di kawasan pendalaman. Aku telah mengamanahkan anakku kepada mantan suamiku untuknya belajar menjadi seorang ayah yang bertanggungjwab dan meletakkan beberapa syarat agar anakku tidak terabai.
 Setahun kemudian,mantan suamiku pun selamat di ijabkabulkan dengan perempuan simpanannya.. Aku hanya tersenyum mendengar berita tersebut dan berdoa yang terbaik untuk mereka dan anak kami yang dapat ku temui hanya beberapa kali sahaja setahun walaupun rinduku membuak2 pada anakku itu.. Jarak bukan pemisah hubungan kami anak beranak...Aku berdoa agar anakku faham suatu hari nanti...Semua itu untuk kebaikannya jugak...
Selepas bergelar ibu tunggal,aku bertekad untuk tak mahu menangis lagi oleh insan bernama lelaki..Cukuplah aku disiksa sekali,pengalaman yang memberi pengajaran yang cukup besar ertinya dalam hidupku. Aku hanya berserah pada Allah untuk menentukan jodohku dan sentiasa berdoa untuk kuat semangat dan mampu untul menghadapi ujian sendirian tanpa insan bernama lelaki...

Aku juga bersyukur kerna setiap ujian dan musibah yang menimpa diri ini ada rahmat disebaliknya. Aku menjadi semakin cekal,paham dan menjadi lebih matang mengawal emosi dan perasaan. 
Egoku terhadap lelaki juga semakin menebal dan berjaya mematahkan tuduhan yang mengatakan ibu tunggal adalah wanita yang terdesak,ketandusan kasih sayang lelaki dan begitu mudah menggadai maruah diri demi untuk disayangi.

3 tahun bergelar ibu tunggal,pelbagai ragam karenah lelaki yang aku temui. Malahan,tidak kurang juga yang mahu mengambil kesempatan atas status yang ada pada diriku hingga aku terfikir,kenapa begitu hina pandangan & tanggapan masyarakat terhadap ststus ibu tunggal? Mengapa begitu rendah martabat ibu tunggal dimata mereka? Aku makin bertambah marah dengan lelaki...
 Ada juga yang benar-benar ikhas mahu mengahwiniku,namun ditentang oleh keluarga mereka. "Aku hanya melihat drama itu sahaja kerna waktu itu hati aku belum sepenuhnya terbuka untuk bercinta.Tak nak terima aku sudah..Aku pun tak ingin nak jadi bini anak kau..korang ingat anak korang tu mampu bahagiakan aku ker??" kataku dalam hati..

Aku pun tak paham kenapa,setiap kali ada teman lelaki, mulanya aku menerima baik tawaran cinta mereka,tapi bila mereka mulai serius dan membincangkan bab perkahwinan,aku mulai cuak dan seolah2 fobia untuk bergelar isteri dan mulai mencari alasan untuk meninggalkan teman lelakiku tanpa rasa bersalah.Bagi aku,putus cinta semasa belum berkahwin tidak sesakit bercerai selepas kahwin.. Aku seolah2 seronok dengan perbuatanku yang memutuskan hubungan mcm tu sahaja...Aku rasa hebat dan egoku makin tinggi bila ada yang sanggup datang mlm2 di rumah mak aku,dan merayu2 aku mcm org tak ada pegangan agama. Itu baru jer tak nak jawab call...Rupanya aku menyimpan dendam dalam diam dengan insan bernama lelaki..

Oleh itu,mana-mana teman lelaki  frust bagai nak rak apabila pinangan mereka ku tolak,aku hanya mampu bagi nasihat sinis. "Ala,kau kan lelaki..Apalah sangat putus cinta... Aku perempuan lagi tabah lepas bercerai tak selemah lelaki mcm kau.. Lelaki memang mcm tu,belum dapat,setia bukan main lagi..Dah dapat jadi bini,buat anak org mcm sampah!" Aku juga pantang jika lelaki itu menyakiti hatiku walaupun sedikit..Aku terus blah dan memutuskan hubungan mcm tu jer... Aku juga menjadi seorang perokok yang tegar.. Jika ada teman lelakiku yang menyuarakan pendapat mereka tentang keburukan merokok dan pandangan masyarakat terhadap wanita yg merokok,itu lah masa yang tepat untuk aku memulangkan paku buah keras pada mereka."Wey! Ko ingat perempuan merokok ni jahat sangat ker?Kalau kau dah tau aku jahat,ko blah laa..Aku pun tak inginlaa nak buat kau jadi laki..Menyusahkan hidup aku jer...Lelaki memang mcm tu...nak perempuan jadi bini semua mahu yg terbaik jer..Lepas dapat anak org jadi bini,buat macam sampah.. Selagi perangai kau sendiri mcm s**l,ko jgn nak ajar aku mcm kau tu malaikat yer.." dengan tidak berbudi bahasa aku tempiaskan amarahku pada mereka..Ku tahu,ku sedar,semua nasihat dan teguran mereka untuk kebaikanku..Tapi entahlah,egoku terlalu tinggi.. Lelaki mana yang tahan kan... Jadi,mereka pun blah dgn perasaan yang kecewa..Rasakan!
Aku juga pantang mendengar lelaki yang bersadu tentang masalah kewangan..Belum apa2 lagi,kompom aku dah rejek...Tuhan telah mendengar doaku...Walaupun aku menjadi wanita yang berhati batu namun semua itu pintaku kepada Allah supaya menutup pintu hatiku bila insan itu bukan yang sesuai untukku & bakal memudaratkan hidupku suatu hari kelak...

Memang....ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

Memang...ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang...ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang.. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang..ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

Memang... ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang.. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang..ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang.. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
...

Sehinggakan...
Munculnya seorang lelaki yang benar2 berjaya membuka hatiku untuk bergelar isteri buat kali kedua selepas 4 tahun bergelar ibu tunggal & terbuka juga hatiku untuk berhenti merokok yang membahayakan kesihatan itu....Alhamdulillah..
Kini aku kembali bahagia dan aku berharap dan tidak putus berdoa agar hubungan ini kekal untuk selamanya...Amin...
**pinjam gambar uncle google**

Kita akan bersedih dan muram apabila kita dambakan sinaran mentari,tetapi hujan lebat yang turun melanda..Namun kita tidak sedar yang rupa-rupanya Allah menghadiahkan Pelangi yang indah untuk kita...

Sekian...Tamat....



2 comments:

  1. benar,Allah takkan biarkan hambanya susah selamanya..bersyukurlah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Cik Teddy..Allah takkan menurunkan musibah jika bukan untuk kebaikan kan? Semuanya ada rahmat..Mungkin dulu minah terlalu muda dan mentah dalam hidup,tapi Allah dah bukakan mata Minah untuk belajar lagi erti hidup dan menjadi seseorang..Insyaallah...:)

    ReplyDelete