Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Wednesday, 19 September 2012

Ketawa Dalam Tangisan....

Salam 1 Malaysia kawan2....
2 3 hari kebelakangan ni Minah sibuk menyiapkan persediaan untuk menyambut Ramah Tamah Aidilfitri sebagai penutup Bulan Syawal yang mulia ni....
Dengan keadaan Minah yang tak brapa nak ok ni (masih lagi asma), Minah tetap gagahi jua menyibukkan diri untuk itu ini...

Memang aku sengaja nak menyibukkan diri kebelakangan ini kerna bila aku terlalu lapang,aku akan terus fikir dan fikirkan masalah yang aku hadapi sekarang....
Dengan keadaanku yang terpaksa bertugas di kawasan perdalaman, nak buat rawatan susulan pun payah,jauh....
Nak kerap sangat cuti pun,kompeni ni bkn bapak aku yang punya...
Nak berenti kerja plak kesian tengok hubby nak settle loan itu ini...
Lain lagi nak bayar kos perubatan & rawatan ku nanti....
Tak berenti kerja plak,aku yg susah nak buat rawatan susulan...

Kalau tak dirawat,kemungkinan untuk aku nak mengandung amat tipis kerna ternyata aku sekarang sudah kurang subur...
Mungkin faktor usia kot...
Aku pun malas nak fikir....
Malam tadi masa aku & kengkawan sibuk cuci pinggan didapur, tetiba aku rasa sayu tengok hubby dukung dan bermain2 dengan baby jiran sebelah yang berusia 1 tahun ++ yang comel lagi montel....
Kerana ketidaksuburan aku ini,hubby aku terpaksa menumpang kasih dari anak orang lain....
Walaupun aku ketawa melihat gelagat mereka,namun hatiku menangis kerna aku masih belum mampu nak memberi kebahagiaan sepenuhnya padanya....

Namun begitu aku tetap percaya, segala kelebihan dan kekurangan ini ada hikmah disebaliknya....
Dan aku tetap yakin bahawa hasil dari perancangan  yang Esa akan datang dgn indah sekali....
Cepat atau lambat,sesungguhnya Dia akan sediakan yang terbaik untuk hambaNya...
Alhamdulillah....:)

Friday, 14 September 2012

Aku redha....

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia....
Bersawang dah blog nih....
Bkn apa,Puan blog empunya mood sekarang ni tak brapa nak ok....
Nak tau nape???
Meh sini aku nak cerita pasal bab2 pempuan sikit....
Yang lelaki kalau nak dengar buat pengetahuan am dari pengalaman aku ni pun dipersilakan jugak yer....

Pada 24 Ogos 2012 (masa cuti raya bulan lepas),aku g check up kat Klinik Pakar Sakit Puan....
Ini adalah kerana:-

1. Aku dah 3 bulan tak datang bulan
2. Aku dah fadeup g check kat klinik swasta yg asyik dok celup air kencing nak check kehamilan aku & scan2 perut aku nak tengok baby walhal aku dah bagitau yang aku dah beberapa kali g check namun result negatif jer....
3. Aku selalu jer sakit perut mcm org nak dtg bulan (period cramp),tapi tak jugak keluar2 jugak....

Jadi,mak aku pun desak2 ler aku g kat Klinik Pakar...
Aku bagitahu ler dengan doktor pakar tentang masalah2 aku tu....

Tanpa buang masa,doktor tu tanya.."Dah buat pep smear?"
Aku jawab.."Belum..."
Doktor tanya lagi.."Nak buat sekarang ker?The choice is yours..."
Aku jawab dengan tersekat2..."Boleh jugak...Tapi sakit ker???"
Doktor cakap.."Sikit jer.."
Doktor tu cakap dia buat Pap BD SurePath Liquid yang tak sama dgn Ujian Pap konvensional...
Detailnya ada kat bawah ni......


Tak sampai 5 minit dia suruh aku bukak apa2 yang patut,buat apa2 yang patut..
Dah....Dia siap amik sample sel serviks...Tak sakit mana lah....
Sempoi jer dier wat keja...
Nama dah pakar kan...

Pastu,dia suruh masuk bilik scanning...
Dia bkn scanning melalui luar perut mcm kat klinik2 biasa tu,tapi scanning terus masuk dalam rahim....
Korang paham kan....
Hurmm...Walaupun demikian,hasilnya berbaloi jugak...Clear jer...

Dotor terangkan yang haid aku ada,tapi belum nak keluar lagi masa tu..
Dalam +- 3 minggu baru haid itu akan keluar...
Dia juga cakap ini kemungkinan disebabkan oleh pertambahan berat badan yang mendadak kebelakangan ini...
Jadi,harus loose weight....

Pastu,rahim dalam keadaan normal & telur kanan kiri tak berapa nak banyak or kurang suburlah kiranya....
Kalau dah menses baru dia bagi pil membantu menambah kesuburan...
Cakap this and that..Nah...Ko bayarlah RM205.00....

Mak cakap,takpa.. Demi kesihatan...Jangan berkira...
Ok mak...:)

 Result pep smear sepatutnya aku amik on 1/9/2012....
Sibuk punya pasal aku tak dpt amik cuti....
Klinik Pakar tu plak kat Bandar kelahiran aku..
Jauh tu...Dari sini kalau nak ke sana,guna bas..11 jam baru sampai...
Guna flight (pesawat kecik jer...) dtg jugak +-1 jam kot..Lupa dah...

Dari ku terus tunggu haidku keluar,mak aku sarankan aku minum jamu kampung utk memanaskan perut supaya haid itu dapat keluar dgn lancar..
Berbekalkan jamu kampung & setelah mengamalkan selama beberapa hari meminumnya, akhirnya aku haid jugak pada 7/9/2012....

Tapi tentang ketidaksuburan itu...
Hurm....
Aku akan berusaha & berserah pada kurniaan dari Nya...
Kalau ku sakit lagi len kali,bkn sebab aku mengandung ler tu...
Sebab aku memang sakit..hihihihi....

p/s..masa aku update blog ni,aku tgh kena asma....huhuhuhu...





Tuesday, 4 September 2012

Renungilah....



Friday, 31 August 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55

Salam Satu Malaysia kengkawan....
Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55 TAHUN kepada kita semua.

Bebanyak terima kasih yang tak terhingga juga kepada wira-wira tanah air yang terdahulu yang secara lansung atau tidak lansung turut sama untuk berjuang habis habisan demi mempertahankan negara kita dari penjajah....
Semoga mereka sentiasa mendapat keberkatan Allah dimana jua mereka berada kini....
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa & pengorbanan mereka terhadap generasi kini dan akan datang...

Syukur Alhamdulillah juga kerna hingga sekarang negara kita masih aman dan permai bebas dari penjajah walaupun masih tidak bebas sepenuhnya oleh penjenayah-penjenayah yang tidak bermoral yang menyumbang kearah kerosakan keamanan negara kita....
Ini membuatkan hati bertambah gusar & keselamatan pun rasa terancam...
Semoga Allah membersihkan hati mereka menuju kearah kebaikan..Amin..

Diharap kemerdekaan yang kita rasai kini juga dapat kekal untuk dinikmati oleh anak cucu cicit kita nanti....
Hargailah pengorbanan mereka yang terdahulu untuk kesejahteraan& keharmonian kita & generasi yang akan datang....
Bersyukurlah dengan pemerintahan sekarang demi keamanan dan kejayaan negara kini dan selamanya....
Sayangilah Negara Kita Malaysia...
Kekalkan keharmonian hidup Satu Malaysia!!!


MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka