Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..

Sunday, 23 November 2014

Lahirnya sebuah cinta...


Assalamualaikum & salam 1 malaysia...
Lama dah tak jengah blog usang ni... Bkn merajuk tapi byk yg berlaku disepanjang kehamilan & selepas sikembar ni...

Diantaranya terpaksa check up 2 minggu sekali.. Dengan  kencing manis yg tak terkawal lagi... Mcm2 ujian...

Alhamdulillah...
Tanggal 15 Jun 2014 lahirlah bby twinku dlm keadaan pramatang dgn emergency czer.. Keduanya boys yg tak seiras...
Lahir semasa masih 35 minggu kerna malam 14 Jun 2014 tetiba air kentubanku pecah dan terus dibawa ke hospital...
Kalau diekotkan tarikh due 16 Julai 2014..

Si abg lahir seberat 1.7kg... ku abdikan namanya Izz Farish Aqeel....
Si adek pulak lahir seberat 2.2kg yang bernama Izz Firash Aqeel...
Keduanya jaundis & ada G6PD Deficient...

Adek dirawat dlm nicu selama sepuluh hari...Lepas tu dh boleh dibawa balik...
Dan sekarang adek membesar dgn sihat dirumah...
Alhamdulillah...

Abg complecated ckit... byk komplikasi... paru2 belom matang...jantung berlubang dan telah menjalankan pembedahan di hospital serdang pada 8 september 2014... saluran pernafasan pula masih bengkak & kini usia dah 5 bulan..abg masih terlantar di hospital kerna masih memerlukan bantuan oksigen...

Kini aku masih mengharapkan keajaiban untuk abg sembuh seperti adiknya agar keluarga kami dapat bersatu kembali...
Amin....