Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..
Showing posts with label penanaman taugeh dirumah. Show all posts
Showing posts with label penanaman taugeh dirumah. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

Kami buat projek lagi....

Salam...
Hari itu kami wat projek kurang menjadi dari prosesnya kat sini hingga hasilnya kat sini...
Mula nyer plan nak tanam taugeh putih tu,tapi ntah nape atas kesilapan teknikal, maka terhasil nyer taugeh hijau..
Hahhahaha...Ketawa pada diri sendiri..

Jadi sekarang,jum kita sama2 tengok projek terbaru dan juga hasilnya pada kali ini...

Bahan2 nyer...
1. Kacang hijau segenggam-Hero nih...
2. Air basuhan beras/air paip biasa-Untuk rendam kacang hijau semalaman...
3.Surat khabar lama-2 keping jer...

Cara-cara memprojek...
1.Rendam kacang hijau dengan air beras/air paip semalaman... 

-Maaf takde gambar coz terdelete dengan tidak semena2...huhuhuhu...-

2. Basahkan sehelai surat khabar & bentangkan di tpt yang sesuai serta taburkan kacang hijau yang dah direndam tadi....

 3.Tutup kacang hijau itu dengan sehelai lagi surat khabar & siramkan biar sampai basah & rajin2 lah menyiram surat khabar itu yer cam ni...


Hari pertama....
 

Hari kedua dah panjang ckit......

Hari ketiga dan terus dituai.....

Close Up Ckeet...
 
Alhamdulillah..
Jadi gak projek kami walaupun taugeh ni kurus kering jugak...Hak..hak..hak....

Dah pun selamat dimasak dan menjadi salah satu juadah untuk bersahur pagi tadi.....

Taugeh fresh tumis biasa2 jer Versi Minah Bunga... 


Bersama-sama dengan sosej ayam masak sos + telur...

Dan juga Sup Telur Versi Minah Bunga .....

Inilah juadah Minah Bunga & hubby untuk bersahur pada pagi tadi....
Sempoikan???....





Thursday, 19 July 2012

Kami tgh buat projek nih.....

Salam.....
Bersawang blog usang ni kan...Lama juga Minah tak diupdate dek kerana kertas kerja bertubi2 datang menyerang...
Nak skodeng2 blog pun tiada kesempatan...
Ada Kelapangan ini,Minah nak story sikit apa kegiatan Minah semenjak 2 nih..
Dari 5 hari yang lepas, aku & hubby ada wat projek kat rumah tau...
 Projek untuk membantu menghilangkan stress ditempat kerja & salah satu terapi minda....(hekhekhek..memandai jer aku nih)...
Nak tau ape? Jom Layan....

Bahan2 tuk buat projek...
1. Kacang Hijau-Dibilas bersih-bersih yer...
2. Bekas Telur- Direndam kejap dalam air..biar lembab
3.Air
 Cara2...
1. Taburkan kacang hijau pada tempat telur yang dah lembab itu...
2. Letakkan kat tempat gelap (Tapi kami  letak kat atas singki yang tak digunakan kat ruang dapur dalam rumah jer)

Hasil nyer....

Hari Pertama....

Hari Kedua....


Hari Ketiga....


Hari Kempat....


Hari Kelima.....

Dari Pandangan sudut atas plak...

Hahahhahahaa....
Inilah Projek Penanaman Taugeh Sendiri DiRumah....
Cubaan kami yang pertama...
Melampai2 tinggi nyer kan....Dah macam lalang semak samun jer ku tengok...
Kurus-kurus plak tuh....
Jadi ker tidak projek kami nih??? Aku pun keliru gak...
Apa2 pun, nanti kita lihat perkembangan taugeh ini di entri yang akan datang keyh...
Kalau nak mintak,meh sini bawa plastik...
Nanti Minah bagi sorang satu guni...hihihii....