Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Wednesday, 26 February 2014

Tahun 2014...Cerita Baru!!!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia....
Chackkk!!!
Tetiba Minah datang balik nak wat semak kat blog nih...heheehe...
Sebelum tu, Minah nak ucapkan Selamat Tahun Baru uollss....
Walaupun bulan Februari ni dah nak habes, tapi masih belum terlambatkan...kan...(tolonglaa anggukkan kepala skett..)

Kalau sebelum ni Minah salu tulis tentang keinginan nak dapat baby utk perkahwinan yang ke 2 ni, macam2 dah Minah buat..Makan jamu2 laa, ikut petua ini petua itu, jumpa pakar dan sebagainya..Namun hasilnya tetap sama..Sehinnga suatu masa Minah sudah dapat terima hakikat yang rezeki itu ketentuan iIlahi & Dia akan memberi kepada kita bila tiba masanya nanti... Minah cuma xputus berdoa dan harapkan keajaiban dari yang Esa (kerna Minah pernah disahkan tidak subur pada pemeriksaan yang lalu) Disini & Disini ..
Frust pun ada jugak tapi hati ini tetap bertawakal & janji xnak fikirkan pasal rahsia Allah lagi.

Jadi, Minah mulakan hari2 Minah dengan rutin harian tanpa nak fikir lebih2 hal itu dengan melakukan riadah dan bersukan bersama kawan-kawan sambil2 berazam nak kurangkan berat badan..hehehe..

Namun tanpa perancangan dan tanpa diduga, pada bulan November 2013, Minah lambat dtg bulan..

Aduhh...dia start lagi dah nak meragam kerna 3 bulan yang lepas, period Minah dah stabil...
Minah abaikan permainan period Minah yang memang tak betul tu dan bersukan seperti biasa..

Namun apa yang Minah tahu,makin kerap Minah bersukan makin mengah Minah rasa..Penat yang terlampau...
Berat badan makin menurun,tapi asal stamina makin berkurangan???

Dipendekkan cerita,suatu hari kawan Minah yg juga lambat datang bulan mintak tolong belikan pregnency test (HCG).. Dalam sibuk nak beli untuk dia,Minah pun try beli jugaklh untuk Minah sendiri & kami berpakat nak buat ujian tu sama2 pagi esokknya...

Keesokan paginya, sebelum mandi,Minah pergilah buat urine test guna HCG tu tadi... Tanpa nak tengok result macam mana, Minah terus jer mandi & xde nak harapkan apa2 dari keputusan tu...
Lepas mandi, Minah jenguklaa kat tester tu dan Minah lihat.......

Jeng.....


Jeng.....


Jeng......




(pinjam gambar uncle google)
 
 Eyh...betul ka ni???!!!
 Rasa mamai plak..
Terus berlari dalam bilik & kejutkan hubby....
Bila hubby buka mata,terus tunjuk tester kat dier... Dia pun tergamam... lebih kurang 5 minit cam gitu laa...

Aku pun hairan,trus tanya..."kenapa,xsuka eyk??"... Rupanya hubby pun blur macam aku jugak..hehehhe...
Lepas tu dia cakap," hari ni kita halfday keyh..g cek kat klinik..."
Dan lepas cek kat klinik doktor sahkan mengandung 5 minggu...

Alhamdulillah...Syukur padaMu ya Allah...

Bila kandungan dah berusia 12minggu, Minah pun hegeh2 ajak hubby g scan kandungan.. Coz nak konfirmkan betul2 yang benar2 Minah mengandung...
Masih xcaye lagi nih...
Tetiba..

 Doctor:-Eyh, apa dah jadi ni???
Aku:- Asal plak doc? (nervous)...
Doctor:- Apa kau dah buat ni... (sambil mengerutkan dahi & bercakap dgn hubby)..
Hubby:- (kerutkan dahi)..
Aku:- Kenapa doctor..ada yg tidak kena ka? ( Ya Allah... rasa nak gugur jantung tunggu doktor buka mulut)
Doctor:- Kamu tengok ni...(sambil tunjuk kat monitor)... Ini satu.. Dan ini satu lagi...
Hubby:- (Blur..).
Aku:- (Dah tak keruan)... Kenapa ni doctor??
Doctor:- Saya buat satu surat rujukan untuk awak pergi cek kat hospital kerajaan mengenai kehamilan kembar awak...
Aku:- Kembar??? Serious??
Doctor:- Yup.. Tahniah yer...
Aku & Hubby:- (Speechless)... Alhamdulillah Ya Allah...

(pinjam dari uncle google gak)

Cam gitu laa lebih kurang rupa bakal bayi kami.. Ada 2 uri,2 kantung..Kembar tak seiras...


Alhamdulillah.. Syukur sangat2 atas kurniaan terindah dari Ilahi..
Tahun ni genab usia perkahwinan kami yang ke 2 tahun dan dikurniakan 2 bakal baby sekaligus...
Alhamdulillah...sob..sob...Terharu...

(Masa update entri ni, usia kandungan dah mencecah 5 bulan @ 20minggu)

Ada masa Minah updatekan lagi yer...
Nak share detik gembira ni...
Kecian korang asyik dengar keluhan & rintihan si Minah bunga sebelum ni..huhuhuhu

Thanks jugak buat kengkawan yang sudi jenguk2 kan blog bersawang Minah ni yang merajok seketika yer...
Sayang korang ketat2.....hehehhe...

Jumpa lagi...
Salam....



Wednesday, 19 September 2012

Ketawa Dalam Tangisan....

Salam 1 Malaysia kawan2....
2 3 hari kebelakangan ni Minah sibuk menyiapkan persediaan untuk menyambut Ramah Tamah Aidilfitri sebagai penutup Bulan Syawal yang mulia ni....
Dengan keadaan Minah yang tak brapa nak ok ni (masih lagi asma), Minah tetap gagahi jua menyibukkan diri untuk itu ini...

Memang aku sengaja nak menyibukkan diri kebelakangan ini kerna bila aku terlalu lapang,aku akan terus fikir dan fikirkan masalah yang aku hadapi sekarang....
Dengan keadaanku yang terpaksa bertugas di kawasan perdalaman, nak buat rawatan susulan pun payah,jauh....
Nak kerap sangat cuti pun,kompeni ni bkn bapak aku yang punya...
Nak berenti kerja plak kesian tengok hubby nak settle loan itu ini...
Lain lagi nak bayar kos perubatan & rawatan ku nanti....
Tak berenti kerja plak,aku yg susah nak buat rawatan susulan...

Kalau tak dirawat,kemungkinan untuk aku nak mengandung amat tipis kerna ternyata aku sekarang sudah kurang subur...
Mungkin faktor usia kot...
Aku pun malas nak fikir....
Malam tadi masa aku & kengkawan sibuk cuci pinggan didapur, tetiba aku rasa sayu tengok hubby dukung dan bermain2 dengan baby jiran sebelah yang berusia 1 tahun ++ yang comel lagi montel....
Kerana ketidaksuburan aku ini,hubby aku terpaksa menumpang kasih dari anak orang lain....
Walaupun aku ketawa melihat gelagat mereka,namun hatiku menangis kerna aku masih belum mampu nak memberi kebahagiaan sepenuhnya padanya....

Namun begitu aku tetap percaya, segala kelebihan dan kekurangan ini ada hikmah disebaliknya....
Dan aku tetap yakin bahawa hasil dari perancangan  yang Esa akan datang dgn indah sekali....
Cepat atau lambat,sesungguhnya Dia akan sediakan yang terbaik untuk hambaNya...
Alhamdulillah....:)

Wednesday, 27 June 2012

Kalau semua maaf saya dah bagi kat awak, apa lagi tinggal untuk saya?

Alkisah, ada sebuah rumah tinggalnya pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga. Mereka sering bergurau senda namun selalunya si isteri bergurau melampaui batas dan boleh menyakiti si suami.Namun si suami akan memaafkan isterinya hinggakan suatu malam....
Suami: Syg tengok lengan tangan kiri abang ni berketul ketul kan..Gagah tak abang?
 
Isteri: Wah..gagah nyer abang...Mwuuahh!!...
Sambil kucup lengan tangan kiri suaminya....
Tak cukup dengan itu, dengan bangganya si saumi tunjuk pulak lengan tangan kanannya..
Suami: Syg tengok ni,gagah tak abang? Kalau gagah,kucup ler lagi...
Sambil mendekatkan lengan tangannya ke arah mulut isterinya namun tidak semena2nya si isteri pun menggigit lengan tangan suaminya dan melepaskan gigitannya selepas suaminya meraung kesakitan.....
 
Suami: Argggggghhhhhhh!!!!!!!!!!!! Apa yang awak buat ni??? Sakit laa...
Si isteri kaget lalu menitiskan airmata seraya berkata....
Isteri: Abang,saya betul-betul tak sengaja..Saya tak bermaksud nak sakitkan abang...Saya nak gurau jer..Tapi tak sangka abang boleh sakit camtu plak..Saya mintak maaf yer bang....
Suami: Sampai lebam cam gini awak cakap awak tak sengaja? Selalu jer cam ni tau...Jangan buat lagi boleh tak?
Isteri: Saya bersalah bang.Lain kali saya janji saya tak buat lagi. Saya betul-betul nak minta maaf ni bang...
Suami: Selalu jer buat salah...Lepas buat salah jer, last2 nak minta maaf...Kalau semua maaf saya dah bagi kat awak, apa lagi tinggal untuk saya?
Isteri: Abang,jangan camtu....Saya betul-betul nak minta maaf ni...
Suami...Hurm...Boleh,tapi esok saya bagi. Hari ni stok maaf  saya dah habis....Dahlah,jum tidur.... Saya nak siapkan maaf untuk awak esok hari nanti.
Si isteri yang masih rasa bersalah itu pun tertidur dengan lena sambil mengharapkan suaminya memberi kemaafan untuknya pada keesokan hari manakala si suami yang penyayang itu telah memaafkan kesilapan isterinya tanpa rasa dendam dengan harapan pengajaran itu dapat mengubah sikap isterinya suatu hari nanti...
Sekian....