Selamat Datang....

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia...
Selamat Datang & Terima Kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi singgah ke ~Taman Persinggahan Kayangan~ yang serba kekurangan ini..
Segala komen yang membina untuk kebaikan adalah amat dialukan dan tutur kata yang sopan amatlah dihargai.

Di blog ini juga ada juga terselit kisah mengenai perjalanan kehidupan masa lampau dan permulaan perjalanan hidup Minah Bunga sebagai ibu tunggal sehingga sekarang setelah selamat di ijab kabulkan menjadi suri hati suami tercinta.
Segala kisah yang telah
di paparkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak atau membuka pekung didada tetapi hasil karya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pengajaran melalui pengalaman Minah Bunga untuk dikongsi bersama pembaca.
Diharap pembaca terhibur dengan penulisan yang lahir setelah sekian lama terbuku dihati..

Bagi yang meluat dan bosan untuk membaca,digalakkan untuk tidak meneruskan bacaan yer...:)
Sekian Terima Kasih..
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

Kami buat projek lagi....

Salam...
Hari itu kami wat projek kurang menjadi dari prosesnya kat sini hingga hasilnya kat sini...
Mula nyer plan nak tanam taugeh putih tu,tapi ntah nape atas kesilapan teknikal, maka terhasil nyer taugeh hijau..
Hahhahaha...Ketawa pada diri sendiri..

Jadi sekarang,jum kita sama2 tengok projek terbaru dan juga hasilnya pada kali ini...

Bahan2 nyer...
1. Kacang hijau segenggam-Hero nih...
2. Air basuhan beras/air paip biasa-Untuk rendam kacang hijau semalaman...
3.Surat khabar lama-2 keping jer...

Cara-cara memprojek...
1.Rendam kacang hijau dengan air beras/air paip semalaman... 

-Maaf takde gambar coz terdelete dengan tidak semena2...huhuhuhu...-

2. Basahkan sehelai surat khabar & bentangkan di tpt yang sesuai serta taburkan kacang hijau yang dah direndam tadi....

 3.Tutup kacang hijau itu dengan sehelai lagi surat khabar & siramkan biar sampai basah & rajin2 lah menyiram surat khabar itu yer cam ni...


Hari pertama....
 

Hari kedua dah panjang ckit......

Hari ketiga dan terus dituai.....

Close Up Ckeet...
 
Alhamdulillah..
Jadi gak projek kami walaupun taugeh ni kurus kering jugak...Hak..hak..hak....

Dah pun selamat dimasak dan menjadi salah satu juadah untuk bersahur pagi tadi.....

Taugeh fresh tumis biasa2 jer Versi Minah Bunga... 


Bersama-sama dengan sosej ayam masak sos + telur...

Dan juga Sup Telur Versi Minah Bunga .....

Inilah juadah Minah Bunga & hubby untuk bersahur pada pagi tadi....
Sempoikan???....





Saturday, 21 July 2012

Bersahur dengan hasil projek kami...

Salam Ramadan....
Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi atas limpah kurnianya memanjangkan umur kita untuk terus menikmati bulan Ramadhan tahun ini....
Seperti yang dijanjikan, Minah nak tunjukkan pada korang hasil projek kami hari tu...

Condong ke arah tingkap dapur...
 
Bentuk rupanya tidak seperti tauge biasa kerna berkemungkinan ianya terdedah dgn cahaya matahari menyebabkan ia terus meninggi & condong kearah cahaya matahari......

Dan, warna nya plak kehijauan...

Rasanya plak,kalau dimakan mentah,memang rasa macam taugeh biasa. Tapi lepas dimasak, rasa nya mcm sayur sawi batang hijau...

Jadi ku namakannya taugeh hijau...Ok tak???Hihihihi...

Selepas dituai....

Selepas dibersihkan dgn membuang akar & kulit kacang tertinggal....

Selepas dimasak versi Minah Bunga mengantuk....
Goreng biasa2 jer & lupa nak potong 2..hihihi
 
Bersama dengan Kari Asam Ikan Baung Versi Minah Bunga.....
 Memandangkan mangkuknya besar,jdi sudip besar jugak ler teman nya..hihihi

Dan Kurma bertangkai Jenama King Camel yang sedap dan  tak terlalu manis 
search kat google tak jumpa pun jenama ni.....
 
Itulah menu sahur kami pada hari pertama puasa versi Minah Bunga yang mengantuk pukul 3.15am...hihihi..:)


p/s:masih tak puas hati & nak buat projek taugeh tu sampai berjaya..tunggu!!!!:)

Saturday, 14 July 2012

Bisul Ohh Bisul!!

Salam....
Korang tahu apa itu bisul?
Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.-sumber..
Kalau korang nak tahu lebih lanjut,sila klik kat sumber atas keyh...
Walaupun bisul ni tidak mengancam nyawa,namun ia tetap mengganggu keselesaan aku pengidapnya...


Minah nak cerita sikit pengalaman time diserang bisul nan seketul nih....
Mula2 Minah ingatkan jerawat liar yang tumbuh secara tak sengaja,tapi lama kelamaan ia makin mambesar dan menjadi sakit sangat.
Time tu suhu badan Minah kejap sejuk kejap panas time bisul tu membesar...
Memang tak senang duduk laa jawab nyer...Nak berjalan pun sakit bila kawasan kejadian bergeselan...
Hurmm...
Kalau Minah dah cakap yang Minah dah tak senang duduk,korang jangan ler nak tanya mana tempat kejadian itu berlaku keyh...
Suatu hari,bisul itu terpecah dengan sendirinya tanpa Minah sedari..
Masa tengah mandi Minah terasa pedih sangat apabila kawasan kejadian terkena air....
Minahpun meraung kekagetan.....
Dengan terburu2 Minah bagitahu hubby tentang kejadian yg berlaku...
Dengan lagak tenang.hubby terus kedapur dan menumbuk seulas bawang putih sampai lumat dan menempelkan kat tempat kejadian itu berlaku...
Wrraaaa....Pedihnya tuhan saja yang tahu.....

Nangeessss!!!!!!!!!!!! Ngeri nyer rasa,Tuhan jer tahu...
Namun,kengerian itu hanya terasa selama setengah jam jer...
Lepas tu,terus tiada rasa apa2 yang heavy lagi....Rasa yang ringan2 jer ada ler...
Tidur laa Minah dengan perasaan yang lega berbekalkan tempelan bawang putih hingga ke pagi....
Selepas mandi pagi,Minah g cuci tempat kejadian dengan air suam dan hubby dengan rela hatinya menyapu ubat kat kawasan kejadian sampai sembuh...
 
Dalam 2 3 hari jugak laa....
Itu ler pengalaman ke 2 terkena bisul sejak 16 tahun yang lalu...

p/s: Suamiku,terima kasih di atas kebaikan mu melayan karenah isterimu ini dengan ikhlas...