Saturday, 14 April 2012

Cara memakai tudung yang betul mengikut syari’at Islam?

 Untuk sekadar renungan dan panduan kite bersama yer....

Bagaimanakah cara memakai tudung yang betul mengikut syari’at Islam?
Allah berfirman: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman…hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan tudung kepala mereka.” [Sebahagian dari ayat 31 surah al-Nur]
Berdasarkan ayat ini, maka memakai tudung bukan sekadar untuk menutup kepala dan rambut, tetapi hendaklah dilabuhkan ke hadapan sehingga menutup buah dada mereka. “Belahan dada” yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bentuk V yang terletak di antara buah dada. Ini adalah kawasan yang paling kerap didedahkan oleh fesyen pakaian wanita, padahal inilah kawasan yang sepatutnya ditutup dengan pakaian, kemudian ditutup lagi dengan kain tudung.
Ada pun fesyen tudung mini yang tidak sampai menutup buah dada atau tudung yang diikat ke belakang kepala, leher atau bahu, ia tidak betul mengikut syari’at Islam. Selain itu tudung yang nipis dan tudung yang dipakai untuk menunjuk-nunjuk juga tidak betul mengikut syari’at Islam.
Kepada wanita-wanita sekalian, tidak kah kau takut dengan azab Allah…kalau iye pun nak ber fashion,biarlah ikut landasan dan syariat yang dibataskan ye… diharap anda semua dapat mengubah sedikit demi sedikit kalau merasakan ianya teramat sukar utuk anda berubah…
Kan aurat tu hanya untuk suami sahaja kan…yang para suami pun satu,tak kan lah suka lelaki2 lain menatap dan merenung / terpandang/ terjeling /terenung
aset2 isteri anda… jangan jadi suami yang dayus.. ingatlah … ” Jika barang dibalut dengan rapi dan kemas,nescaya didalam balutan itu juga cantik dan baik,sebaliknya barang yang tidak dibalut dan tidak dijaga rapi,maka hasilnya akan hancur dan menjadi semakin buruk…. “
Renung2 kan dan selamat beramal ye…… 


Cuba bandingkan perbezaan wanita2 bertudung zaman sekarang….
dengan yang dibawah ini… mana kah yg lebih sejuk mata memandang…. tanya dalam hati kecil anda dan jgn menidakkan jiwa kecil anda yang semakin tersembunyi dan jauh… 




-sumber

2 comments:

  1. insyaAllaha qpe yang cik pakai selama ni mengikut syariat =D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Cik teddy. Minah pun tengah belajar jugak nih...Maka terjumpalah artikel ni untuk kongsi bersama...Kira nak bawak belajar sama2 laa..hihiii...

    ReplyDelete